PAD tetikus RGB.
PAD tetikus RGB.
Muhammad Saufi Hassan


Sudah menjadi 'trend' pengguna atau pencinta desktop hari ini melakukan penyeragaman lampu untuk set kesayangan mereka.

Tidak hanya lampu RGB menerusi desktop saja namun turut membabitkan pelbagai perkakas lain seperti fon kepala, papan kekunci, tetikus dan pad tetikus.

Jenama kelas permainan terkemuka, MSI melengkapkan pilihan pengguna dengan penawaran pad tetikus Agility GD60 yang dilengkapi dengan penyeragaman lampu RGB.

Pad tetikus itu dilengkapi dengan penyeragaman lampu RGB dan pengguna juga boleh melakukan tetapan menerusi perisian yang boleh dimuat turun.

Untuk pad tetikus ini, ia dilengkapi dengan keupayaan 'anti-slip' dengan permukaan belakang daripada getah untuk mengekalkan cengkaman.

Penyeragaman lampu untuk pad tetikus ini mempunyai enam tetapan lampu seperti 'stream', 'fade', 'flash' dan sebagainya.

Ia juga direka khusus untuk tetikus optikal atau laser tanpa sebarang masalah malah menjanjikan ketepatan tetikus terutamanya untuk genre permainan penembak pertama (FPS).

Sambungan pad ini menggunakan USB dengan kabel sepanjang 1.8 meter sekali gus memberi kebebasan kepada pengguna tanpa sebarang masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 7:00 PM