Muhammad Saufi Hassan

Pengguna hari ini cenderung untuk reka letak set desktop mereka yang berkonsepkan 'minimalist' sekali gus menjimatkan guna ruang sedia ada.

Ia bukan hanya membabitkan set desktop dan perkakas saja, malah penggunakan persisian (peripheral) juga penting.

Untuk itu, pengeluar perkakas permainan kelas eSport, MSI memperkenalkan papan kekunci mereka yang minimalist iaitu Vigor GK50 Low Profile.

Papan kekunci jenis ini menawarkan sistem kekunci mekanikal untuk memberikan kelajuan ketika menekan kekunci, ketepatan dan ketahanan untuk penggunaan yang panjang.

Rekaan ergonomik 'caps' kekuncinya memberi keselesaan kepada jari pengguna termasuk rekaan bentuk khusus kekunci.

Selain itu, Vigor GK50 Low Profile ini juga didatangkan dengan setiap kekunci mempunyai tetapan RGB tersendiri dan pengguna boleh mengubahnya menerusi tetapan serta rekaan sendiri.

Setiap tetapan berkenaan boleh dilaksanakan menerusi perisian MSI yang dikenali sebagai Dragon Center.

Rekakan Vigor GK50 ini juga bersesuaian dengan sudut tangan pengguna sekali gus tidak memberi sebarang tekanan terhadap pergelangan tangan jika penggunaan tempoh lama.

Sesuai dengan trend semasa, papan kekunci ini juga dilengkapi dengan beberapa mod penyeragaman warna antaranya Wave, Radar, Horizon, Reactive dan beberapa mod lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 11:18 PM