MAG X570S
MAG X570S
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengeluar perkakas kelas permainan, MSI hari ini mengumumkan barisan papan induk mereka yang baharu iaitu MAG X570S terdiri daripada dua variasi berbeza.

  Siri berkenaan terdiri daripada MSI MAG X570S Tomahawk Max Wifi dan X570S Torpedo Max yang dilengkapi dengan ciri terbaharu terutamanya untuk memenuhi permintaan segmen kelas permainan serta prestasi tinggi.

  Bagi variasi X570S Torpedo Max didatangkan dengan warna biru dan MSI kali ini melakukan modifikasi apabila menyediakan sinki haba tanpa kipas.

  Langkah itu diambil untuk mengurangkan habuk di dalam desktop pengguna dan sinki haba berkenaan turut dibesarkan untuk variasi kali ini.

  Kedua-dua papan induk ini mempunyai pelindung M.2 Frozr bagi pembebasan haba lebih baik.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, siri MAG X570S mempunyai ciri khusus iaitu 12 Duet Sistem Kuasa dengan digital PWM IC untuk kestabilan prestasi.

  Papan induk ini juga menyokong kad grafik dengan keupayaan Crossfire termasuk didatangkan dengan jaringan Internet tanpa wayar (WiFi) 6E buat pengguna.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 9:48 PM