GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP
ETX

SONY mengesahkan Cyberpunk 2077 akan kembali ke PlayStation Store (PS Store) mulai minggu depan, iaitu enam bulan selepas ia ditarik balik kerana masalah teknikal.

Judul permainan paling 'hype' 2020 ini dipercayai antara yang paling mahal dihasilkan dan pelancarannya dinantikan ramai tetapi ia mengalami pelbagai masalah.

Pada Disember 2020, Sony mengumumkan judul permainan itu ditarik balik dengan alasan ia tidak mencapai 'kepuasan pengguna' susulan beberapa aduan kerosakan rawak serta risiko kesihatan.

Bagaimanapun, pendedahan kawal-selia oleh syarikat yang mengeluarkan permainan itu, CD Projekt Red, Selasa lalu menyatakan Sony Interactive Entertainment akan mengembalikan edisi digital Cyberpunk 2077 di PS Store berkuat kuasa 21 Jun ini.

Sementara itu, dalam kenyataan semalam, Sony Interactive Entertainment (SIE) mengesahkan permainan akan disenaraikan semula bulan ini.

Namun, ia memberi amaran pemain mungkin menghadapi masalah jika ia dimainkan di konsol PlayStation 4.

"SIE mengesyorkan bermain tajuk di PS4 Pro atau PS5 untuk pengalaman terbaik," katanya.

Judul permainan, yang juga dilancarkan bagi Xbox One dan PC, menjadi permainan paling popular CD Projekt Red.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 4:21 PM