HONOR Magic 15 bakal menjadi pilihan utama komputer riba dibawah bajet RM4,000 dengan spesifikasi canggih #HONORMagicBook15
HONOR Magic 15 bakal menjadi pilihan utama komputer riba dibawah bajet RM4,000 dengan spesifikasi canggih #HONORMagicBook15
Noraniza Azmi

JENAMA peranti terkemuka, HONOR secara rasminya melancarkan HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6. 

Memahami masalah utama pengguna komputer riba, HONOR MagicBook 15 menekankan tiga aspek utama bagi produknya iaitu untuk perlindungan mata, daya ketahanan tinggi serta harga yang berbaloi. 

Lindungi mata daripada cahaya biru

Tidak kira sama ada anda seorang pekerja yang beroperasi dari pejabat mahupun kediaman masing-masing, mahupun anda seorang pelajar yang menghadiri kelas secara dalam talian seharian, mata sentiasa terdedah dengan cahaya komputer riba yang lama-kelamaan memberi kesan buruk.

Image

Untuk pengetahuan anda, HONOR MagicBook 15 dilengkapi skrin paparan penuh bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920X1080 yang turut diperakui pensijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland selain tidak berkelip.

Ciri berkenaan melindungi mata daripada cahaya biru dan pandangan mata anda lebih selesa selain tidak penat ketika mengguna komputer riba berkenaan.

Lebih berdaya tahan dan kompak 

Image

HONOR MagicBook 15 dibangunkan dengan kerangka aloi aluminium yang melalui pelbagai ujian makmal. 

Anda tidak perlu gusar jika ia terjatuh atau terhentak di permukaan keras kerana dicipta untuk daya tahan tinggi dan tidak mudah calar. 

Image

Dengan berat komputer riba hanya 1.56kg dan senipis 16.9mm, ia memudahkan anda membawa komputer riba yang kompak ini ke mana sahaja.

Harga berbaloi dengan spesifikasi tinggi

Pada harga serendah RM3,699, komputer riba ini turut dimuatkan teknologi pengecasan pantas 65W disokong USB jenis C dan mampu mencapai 53 peratus bateri selepas pengecasan selama 30 minit.

Image

HONOR MagicBook 15 dilengkapi  pemproses terbaharu Generasi 11 Intel Core i5, sRGB 100 peratus warna gamut, memori 16GB RAM DDR4 dan storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD manakala kad grafik menggunakan Intel Iris Xe Graphics. Tidak cukup dengan itu, ia hadir dengan fungsi WiFi-6 dan dua paip penyejuk serta kipas penyejuk besar. 

Image

HONOR Band 6, model gelang pintar dengan skrin pemantau tahap kesihatan anda!

Image

Sementara itu, model baharu gelang pintar HONOR Band 6 menawarkan skrin AMOLED 1.47 inci lebih besar dengan resolusi 368X194.

Untuk pengetahuan anda, Skrin HONOR Band 6 adalah 148 peratus lebih besar berbanding generasi peranti sebelumnya serta lebih besar daripada jenama gelang pintar lain di pasaran.

Ini sekaligus memudahkan pengguna membaca maklumat dipaparkan di skrin dengan jelas.

Image

HONOR Band 6 amat disyorkan kepada pengguna yang mahu memantau kecergasan badan kerana ia hadir dengan fungsi 10 mod senaman selain dilengkapi sensor 6-paksi. 

Malah, HONOR menambah baik sistemnya ke 96 mod senaman pada masa depan.

Image

Gelang pintar ini amat berguna untuk mengenal pasti tahap kesihatan kerana ia dapat mengawasi degupan jantung selama 24 jam pada masa sebenar serta mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2). 

Peringatan juga dikeluarkan sekiranya berlaku degupan jantung tidak normal. 

Selain itu, terdapat ciri tambahan untuk mengawasi kitaran haid yang membantu golongan wanita memantau waktu kesuburan, kitaran dan simptom fizikal.

HONOR Band 6 memberikan hayat bateri sehingga 14 hari bagi penggunaan normal dan anda hanya memerlukan 10 minit pengecasan untuk gelang pintar ini bertahan selama tiga hari.

Tawaran hadiah menarik semasa tempoh promosi untuk anda!

Image

Bersempena pelancaran jualan rasmi MagicBook 15 dan Band 6, HONOR menawarkan hadiah bernilai RM300 iaitu pakej lengkap sebuah beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.

HONOR MagicBook 15 dijual pada harga RM3,699 manakala HONOR Band 6 adalah RM189 dan boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Anda boleh mendapatkan peranti terbaharu HONOR dan promosi eksklusif di HONOR Official Stores di seluruh negara atau Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook HONOR Malaysia.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 6:51 PM