KOMPRESOR tidak mengeluarkan haba panas sebaliknya udara sejuk, baik untuk alam
KOMPRESOR tidak mengeluarkan haba panas sebaliknya udara sejuk, baik untuk alam
Muhammad Saufi Hassan


MEMILIKI penghawa dingin sudah menjadi salah satu keutamaan masa kini malah boleh dikatakan hampir setiap kediaman memiliki sekurang-kurang satu unit alat berkenaan.

Namun, dalam keadaan sedar atau tidak, kebanyakan penghawa dingin memberi kesan negatif kepada alam sekitar iaitu peningkatan suhu persekitaran akibat daripada udara sejuk yang ditukar kepada haba panas.

Keadaan itu juga memberi kesan buruk kepada bumi sehingga mempercepatkan proses pemanasan global termasuk fenomena 'pemanasan kawasan bandar'.

Fenomena itu berlaku apabila kawasan bandar yang merangkumi segmen industri, pejabat dan kediaman memiliki unit penghawa dingin sekali gus mewujudkan gelombang haba panas.

Susulan daripada masalah berkenaan, WKL Group (WKL) muncul sebagai pengeluar penghawa dingin mesra alam pertama di dunia yang memiliki teknologi terkini untuk mengubah penukaran udara sejuk serta lembap tanpa memberi kesan kepada bumi.

Unit luar atau 'kompresor' penghawa dingin berkenaan tidak lagi menukar haba panas sebaliknya mengembalikan udara sejuk serta udara lembap untuk menjaga alam sekitar sekali gus memberi kesan positif kepada bumi.

Ia adalah hasil kajian dan pemba≠ngunan (R&D) yang dijalankan selama 12 tahun bagi membangunkan penghawa dingin berjenama Evoair sekali gus menjadi jenama pertama yang benar-benar mesra alam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WKL Group, Dr Low Wai Koon berkata, memang diakui banyak produk yang meletakkan perkakas mereka sebagai 'mesra alam' namun hakikat sebenarnya adalah sangat berbeza.

PENGHAWA dingin evoair menawarkan kompresor mesra bumi sekali gus mengurangkan pembebasan udara kering.
PENGHAWA dingin evoair menawarkan kompresor mesra bumi sekali gus mengurangkan pembebasan udara kering.

Evoair ditawarkan pada harga antara RM1,900 hingga RM2,900 seunit membolehkan pengguna meletakkan pemeluwap penghawa dingin di balkoni, dapur atau di taman yang berfungsi sebagai unit ≠penyejuk tambahan.

Wai Koon berkata, kelemahan yang terdapat pada penghawa dingin konvensional adalah alat tersebut melepaskan udara panas ke atmosfera sekitar 55 Celsius yang dikenali sebagai sisa haba yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia serta tumbuhan sete≠rusnya kepada pemanasan global.

"Unit luar atau kompresor mereka masih mengeluarkan haba panas sebagai tukaran udara sejuk yang dihasilkan dan keadaan itu memberi kesan buruk kepada bumi dan persekitaran.

"Menerusi Evoair ini, kompresor luar menghasilkan udara sejuk umpama kipas angin dan paling penting mengembalikan kelembapan udara sehingga 60 peratus serta mengurangkan pembebasan udara kering.

"Cuba kita bayangkan, kita duduk di luar dengan unit konvensional (kompresor), pastinya panas namun dengan Evoair, kompresor berkenaan bertukar menjadi kipas angin yang membekalkan udara sejuk," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 6:17 AM