DESKTOP pernah menjadi peranti asas untuk melakukan tugasan produktiviti harian.
DESKTOP pernah menjadi peranti asas untuk melakukan tugasan produktiviti harian.
Muhammad Saufi Hassan


DESKTOP komputer sebelum ini pernah menjadi peranti utama untuk melaksanakan tugasan pejabat, pengajian dan tujuan profesional yang lain.

Itu adalah situasi beberapa dekad sebelum kemunculan peranti mudah alih seperti laptop dan keupayaan tablet yang sudah menyamai kefungsian desktop hari ini.

Sedikit demi sedikit, kefungsian desktop untuk tujuan berkenaan sudah memasuki 'fasa akhir' apabila merekodkan trend penurunan di peringkat global.

Biarpun, kegunaan desktop ini masih meluas daripada segmen desktop kelas permainan, namun ia tidak banyak menyumbang kepada kefungsian profesional secara menyeluruh.

Laptop hari ini lebih mendapat pilihan kerana ia bukan saja menawarkan kemudahan untuk melaksanakan tugasan di mana saja, malah tahap produktiviti peranti itu adalah lebih tinggi.

Berdasarkan rekod sebuah laman web penilai trend semasa mencatatkan bahawa trend desktop menurun lebih enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pada tahun lalu, perkongsian penggunaan desktop di peringkat global adalah 48 peratus dan pada minggu pertama bulan ini menurun kepada 42 peratus berbanding segmen mudah alih.

Segmen mudah alih terus merekodkan peningkatan yang kukuh apabila menguasai perkongsian pasaran pada 58 peratus termasuk tablet dengan kadar 2.85 peratus.

Pakar industri meramalkan bahawa desktop hanya akan digunakan untuk tujuan kelas permainan atau sukan elektronik (eSport) saja dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

BERBEZA dengan situasi di negara, wujud trend peningkatan untuk segmen desktop yang dipercayai disumbangkan oleh pengguna kelas permainan.
BERBEZA dengan situasi di negara, wujud trend peningkatan untuk segmen desktop yang dipercayai disumbangkan oleh pengguna kelas permainan.

Ia memberi petunjuk bahawa seluruh komuniti dunia akan berubah kepada laptop atau mana-mana peranti mudah alih yang lain untuk melaksanakan tugasan harian mereka.

Biarpun begitu, situasi trend penurunan berkenaan tampak berbeza untuk negara ini apabila merekodkan sedikit peningkatan beberapa bulan lalu.

Pada April tahun lalu, perkongsian pasaran untuk desktop merekodkan bacaan 39.71 peratus dan kini sudah meningkat kepada 45.61 peratus.

Umpama situasi terbalik apabila segmen peranti mudah alih merekodkan penurunan yang agak ketara iaitu pada tahun lalu direkodkan kira-kira 51 peratus manakala bacaan terkini adalah 43 peratus.

PENGGUNAAN desktop secara menyeluruh menunjukkan trend penurunannya berbanding peranti mudah alih yang lain seperti laptop yang semakin digunakan pengguna hari ini.
PENGGUNAAN desktop secara menyeluruh menunjukkan trend penurunannya berbanding peranti mudah alih yang lain seperti laptop yang semakin digunakan pengguna hari ini.

Secara tidak langsung, ia memberi gambaran bahawa kebanyakan pengguna di negara ini masih bergantung kepada desktop.

Pada masa sama, pakar menyatakan bahawa peningkatan itu disumbangkan oleh pengguna kelas desktop permainan yang semakin berkembang di negara ini sekali gus semakin mendapat tempat sebagai salah satu aktiviti riadah ketika pandemik.

Walaupun terdapat dua situasi berbeza, peratusan perkongsian untuk segmen desktop mungkin akan terus mengecil beberapa dekad akan datang terutamanya apabila keupayaan peranti mudah alih semakin setara dengan desktop.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 April 2021 @ 7:01 AM