Celcom menawarkan telefon 4G percuma berserta pelan prabayar dan pascabayar yang sesuai dengan gaya hidup anda. - FOTO Celcom
Celcom menawarkan telefon 4G percuma berserta pelan prabayar dan pascabayar yang sesuai dengan gaya hidup anda. - FOTO Celcom
Muhamad Shaifullah Tayep

Pada Ogos tahun lalu, kerajaan mengumumkan inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi meningkatkan kualiti jalur lebar rakyat Malaysia.

Pengumuman inisiatif berkenaan turut membabitkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021.

Ia usaha memantapkan lagi rangkaian 4G dan memperkukuhkan asas rangkaian 5G.

Justeru, rakyat Malaysia yang masih menggunakan telefon 3G disaran untuk menaik taraf ke telefon 4G segera sebelum rangkaian 3G ditamatkan.

Image

Anda pasti akan mengalami gangguan panggilan dan sambungan internet sekiranya masih menggunakan kad sim 3G dan ia mengambil lebih banyak masa untuk diperbaiki memandangkan semua syarikat telekomunikasi memfokuskan penaiktarafan rangkaian 4G buat masa ini.

Penggunaan telefon 3G pula menggunakan kuasa yang tinggi berbanding 4G, selain mengehadkan tempoh percakapan dan memerlukan kapasiti bateri lebih besar.

Syarikat telefon pintar juga sudah tidak mengeluarkan model telefon pintar 3G dan bergerak seiring kemajuan teknologi, bermakna untuk mendapatkan alat ganti peranti 3G anda yang rosak juga sukar.

Image

Selain itu, beberapa aplikasi di pasaran ketika ini memerlukan sambungan 4G yang pantas untuk digunakan misalnya MySejahtera bagi mengemaskini sejarah lokasi dilawati dengan tepat.

Seiring dengan penamatan rangkaian 3G, rakyat Malaysia disarankan untuk menaik taraf telefon 3G kepada 4G. Untuk itu, syarikat telekomunikasi Celcom menawarkan telefon 4G percuma berserta pelan prabayar dan pascabayar yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Antara pelan data ditawarkan adalah prabayar Celcom Xpax, pascabayar Celcom XP LITE™ dan Celcom MEGA™.

Image

Pelbagai jenama telefon 4G dengan spesifikasi terbaik ditawarkan seperti Vivo Y1s, Samsung Galaxy A02, Nokia C2, OPPO A53 dan banyak lagi telefon 4G berserta pelan data sehingga 40GB serta panggilan tanpa had.

Tawaran Celcom ini bukan sahaja memberi penjimatan malah pengalaman komunikasi lebih baik selain menaik taraf kad uSIM untuk mengakses ke rangkaian 4G.

Bertukarlah ke rangkaian 4G Celcom dan dapatkan telefon 4G secara percuma hari ini sebelum terlambat!

Kunjungi Celcom bluecube berdekatan atau layari laman web Celcom untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 8:09 PM