GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Muhammad Saufi Hassan

Penyedia rangkaian telekomunikasi terkemuka, Maxis melancarkan eKelas Usahawan sekali gus meningkatkan digitalisasi dalam kalangan pengusaha.

  Ia adalah sebuah program pemasaran digital berstruktur untuk memperkasa usahawan wanita dari masyarakat luar bandar untuk memperluaskan penggunaan digital mereka.

  Program ini merangkumi bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal untuk melengkapkan peserta dengan alat dan kemahiran digital yang mampu mengembangkan perniagaan dan pendapatan mereka. 

  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut berkata, ia adalah salah satu inisiatif syarikat telekomunikasi berkenaan untuk membantu rakyat mendepani arus digitalisasi.

  "Inisiatif komuniti kami didorong oleh semangat untuk menyokong pendidikan dan tujuan kami untuk membawa teknologi terbaik bagi membantu rakyat untuk terus menerajui dalam dunia yang berubah.

  "Kami menggunakan apa yang dipelajari daripada pengalaman menghadapi pandemik tahun lalu yang mencabar  untuk terus menyokong komuniti serta mendorong penggunaan digital terutama dalam kalangan usahawan termasuk pengusaha kecil sederhana (PKS) mikro.

  "Maxis juga gembira melihat mereka memanfaatkan keupayaan digitalisasi sekali gus mempunyai peranan penting dalam ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

  Beliau berkata, Maxis berkolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan di beberapa negeri untuk mengenal pasti dan mendaftar usahawan untuk bengkel seharian.

  Katanya, modul sudah direka khas oleh rakan kerjasama kandungan latihan yang merangkumi tip serta kemahiran asas fotografi digital, pemasaran dan pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial serta pembayaran digital.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 10:52 PM