Dengan norma baharu yang mana kebanyakan masa akan dihabiskan di rumah, HUAWEI mengubah cara berkomunikasi dan kekal berhubung secara maya.
Dengan norma baharu yang mana kebanyakan masa akan dihabiskan di rumah, HUAWEI mengubah cara berkomunikasi dan kekal berhubung secara maya.
Noraniza Azmi

SEIRING dengan pengumuman strategi Seamless AI Life dan konsep "1+8+N", HUAWEI melancarkan produk inovatif terkini iaitu HUAWEI Vision S Series. 

HUAWEI Vision S dilengkapi dengan teknologi terbaik termasuklah teknologi kecerdasan buatan dan sistem Internet of Things yang membuatkan ia menjadi tunggak utama ekosistem dalam Seamless AI Life sekaligus memberi definisi baru kepada dunia rumah pintar. 

Dengan pelbagai fungsi lengkap dalam skrin pintar, seharusnya ia adalah "Beyond a TV" yang membantu anda membina dunia pintar yang terhubung sepenuhnya dengan kediaman anda.

HUAWEI Vision S mengutamakan hiburan, perhubungan dan kepintaran yang membolehkan anda mencapai potensi untuk mendapatkan kediaman pintar idaman dengan peningkatan capaian luar, keupayaan interaktif dan kehebatan multimedia. 

Skrin pintar memastikan anda terpegun bukan sahaja daripada segi audio dan visual, tetapi untuk menikmati kehidupan pintar. 

Dengan norma baharu yang mana kebanyakan masa akan dihabiskan di rumah, HUAWEI mengubah cara berkomunikasi dan kekal berhubung secara maya.

HUAWEI Vision S boleh merakam memori indah bersama keluarga dan dikongsi ke telefon pintar anda dengan segera

Bagi anda yang bekerja dari rumah, HUAWEI Vision S didatangkan dengan 1080P Definisi Tinggi HUAWEI MeeTime yang memberi pengalaman skrin jernih semasa panggilan video. 

Disertakan juga dengan pelarasan jalur lebar pintar yang mengenal pasti sambungan rangkaian waktu nyata. 

Jadi, anda tidak perlu lagi risau mengenai gangguan ketika mesyuarat maya kerana ia mampu menyesuaikan resolusi sesuai dengan rangkaian untuk memastikan visual yang lancar dan jelas ketika panggilan MeeTime.

Selain itu, anda boleh membuat panggilan dengan hanya menyentuh butang di telefon pintar HUAWEI untuk berhubung dengan keluarga tersayang di kampung seterusnya dipaparkan di skrin pintar. 

HUAWEI Vision S juga boleh merakam memori indah bersama keluarga dan dikongsi ke telefon pintar anda dengan segera! Kamera HUAWEI Vision S didatangkan dengan reka bentuk sedutan magnetik yang membolehkan putaran 180 darjah dan penyelesaian mudah untuk masalah privasi.

Salah satu ciri penting yang dimiliki oleh skrin pintar adalah 120Hz High Refresh Rate Screen yang menjamin pengalaman menonton terbaik dan boleh dinikmati sepenuhnya berbanding kadar layar biasa iaitu 60Hz.

120Hz High Refresh Rate Screen juga disertakan dengan fungsi Advanced Motion Estimation dan Motion Compensation (MEMC) yang mampu memberikan peralihan skrin yang lancar. 

Skrin pintar juga memberikan warna yang paling tepat dan warna realistik. 

Sudah semestinya, visual tidak akan lengkap tanpa audio yang hebat. HUAWEI Sound lengkap dengan pembesar suara quad 10W - dua speaker frekuensi penuh dan dua speaker frekuensi tinggi termasuk rongga suara 1L, memberikan anda unjuran bas dan treble yang mengasyikkan. 

Dengan semua fungsi di atas dalam Smart Screen, HUAWEI Vision S Series adalah Smart Screen yang diperlukan untuk kediaman pintar anda.

Sila layari pautan ini untuk informasi lanjut.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 7:34 PM