Muhammad Saufi Hassan

Laman sosial popular, Instagram hari ini memperkenalkan ciri baharu platform berkenaan kepada pengguna di negara ini.

Ciri baharu berkenaan adalah Instagram Reels dan pengenalan itu memberi alternatif kepada pengguna sekali gus menyaingi platform TikTok.

Menerusi taklimat maya yang diadakan oleh Instagram, penawaran berkenaan dibuat apabila melihat trend penggunaan media sosial di negara ini yang tinggi.

Kefungsian baharu Instagram itu juga membolehkan pengguna berkongsi video pendek, suntingan audio termasuk beberapa ciri lain sebelum berkongsi menggunakan platform berkenaan.

Reels akan mula diperkenalkan secara berperingkat dan sehingga kini, sejumlah pengguna Android sudah mendapatkan ciri baharu berkenaan dan pemilik iPhone tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mac 2021 @ 12:32 PM