MAG CH110 yang direka khusus untuk pengguna sekali gus menyokong bahagian belakang.
MAG CH110 yang direka khusus untuk pengguna sekali gus menyokong bahagian belakang.
Muhammad Saufi Hassan

 

 

Duduk di hadapan skrin komputer dengan postur badan yang tidak tepat sememangnya akan mengundang sakit di bahagian bahu serta belakang.

  Ini memandangkan kebanyakan pemain atau penyedia kandungan yang terpaksa menghabiskan masa di depan skrin dengan tempoh lebih empat jam sehari.

  Oleh itu, pemilihan kerusi yang menyokong bahagian belakang pengguna adalah sangat penting kerana ia akan memberi kesan jangka panjang kepada tahap kecergasan pengguna.

  Untuk itu, MSI menawarkan kerusi kelas permainan mereka iaitu MAG CH110 yang direka khusus untuk pengguna sekali gus menyokong bahagian belakang.

  Kerusi 'gaming' ini dilengkapi dengan bingkai keluli termasuk sokongan berat sehingga mencecah 150 kilogram.

  Bahan binaan kusyen dilengkapi dengan kulit PVC bersama tapak lima jejari bingkai untuk tapak kerusi berkenaan dilengkapi roda bagi memberi sokongan maksimum kepada pengguna.

  Maksimum had ketinggian ketika duduk adalah 54 sentimeter (cm) termasuk tempat letak tangan yang boleh dipasang bersama-sama bantal sokongan di bahagian bahu.

  Kemasan kusyen untuk kerusi MSI MAG CH110 ini juga adalah sangat kemas di samping corak mirip 'karbon' berpetak menambahkan ciri premium untuk produk ini.

  Bantal sokongan bahu juga dilengkapi dengan jahitan logo MSI iaitu ilustrasi naga memberi nilai tambah kepada kerusi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 10:45 PM