UniMAP mengorak langkah baharu dengan penciptaan robot yang membantu sektor pertanian sekali gus meningkatkan kecekapan tugasan rutin jika dibandingkan dengan keupayaan manusia.
UniMAP mengorak langkah baharu dengan penciptaan robot yang membantu sektor pertanian sekali gus meningkatkan kecekapan tugasan rutin jika dibandingkan dengan keupayaan manusia.
Muhammad Saufi Hassan


PERKEMBANGAN teknologi sememangnya membantu kehidupan harian manusia daripada segmen industri sehingga kepada kehidupan harian.

Kemajuan teknologi hari ini juga membolehkan manusia untuk mencipta robot pintar yang boleh dikawal secara jauh malah boleh melakukan pemetaan untuk sesuatu tugas terutamanya untuk segmen industri pertanian.

Tahap kecekapan robot ini juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan manusia dan ia dibuktikan dengan bantuan berkenaan dapat meningkatkan hasil tanaman sama seperti industri pertanian di negara maju yang banyak menggunakan bantuan robot dalam urusan rutin di sesebuah ladang.

Pembabitkan teknologi robot dalam segmen industri pertanian bukan lagi perkara asing malah negara maju lain sudah lama menggunakan kemudahan berkenaan kerana ia bukan saja efisien dalam melaksanakan rutin harian malah pengendali boleh melakukan pemantauan menerusi perisian pintar untuk memaksimumkan

kepenggunaannya.

Kaedah itu juga menjadi masa depan industri pertanian tempatan jika lebih banyak petani mula mengadaptasi teknologi dalam sektor pertanian sekali gus meningkatkan hasil tanaman mereka berbanding kaedah konvensional yang bukan saja tidak cekap malah melambatkan sesuatu peringkat pertanian.

Sebagai langkah mula, sepasukan penyelidik Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif untuk mencipta robot sekali gus membantu tugasan harian petani.

PERKEMBANGAN dunia teknologi hari ini membolehkan penciptaan robot pintar dilaksanakan sekali gus membantu tugasan manusia
PERKEMBANGAN dunia teknologi hari ini membolehkan penciptaan robot pintar dilaksanakan sekali gus membantu tugasan manusia

Robot berkenaan yang dikenali sebagai 'Agriculture Sprayer INSAT-1' direka khusus untuk membantu petani serta meningkatkan kecekapan dalam industri pertanian.

Ketua Penyelidik INSAT UniMAP, Dr Said Amirul Anwar

berkata, robot berkenaan boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh dengan jarak maksimum sehingga 500 meter (m) sesuai dengan praktikal kerja di ladang.

Katanya, robot ini mempunyai sistem pengecas bateri secara automatik dengan 12 volt alternator yang dipacu enjin petrol dengan enam kuasa kuda (hp).

"Robot ini mampu untuk beroperasi dalam jangka masa yang lama kerana adanya sistem pengecas berkenaan serta ia membantu untuk meningkatkan produktiviti hasil tanaman.

"Penggunaan robot itu juga dapat mengurangkan kesan sampingan terhadap kesihatan petani akibat penggunaan racun selain mengurangkan kos operasi ladang.

"Justeru, sekiranya ada pihak industri pertanian mahupun petani yang ingin menggunakan teknologi robot ini bagi aktiviti ladang, mereka boleh berurusan dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UniMAP supaya rekaan ini dapat dimanfaatkan oleh semuya pihak," katanya

kepada #ITMetro, semalam.

DRON sebagai contoh menjadi elemen penting dalam teknologi pertanian hari ini untuk semburan racun serta pemantauan dan perkakas berteknologi tinggi ini digunakan oleh kebanyakan negara maju dalam industri pertanian.
DRON sebagai contoh menjadi elemen penting dalam teknologi pertanian hari ini untuk semburan racun serta pemantauan dan perkakas berteknologi tinggi ini digunakan oleh kebanyakan negara maju dalam industri pertanian.

Selain Said Amirul, penyelidik yang terbabit adalah Pengarah INSAT Prof Ir Dr Abu Hassan Abdullah, Prof Madya Dr Muhammad Imran Ahmad, Mohd Nazri Abu Bakar, Wan Mohd Faizal Wan Nik, Shafie Omar dan Shahrul Fazly Man.

Pada perkembangan lain, UniMAP sememangnya terkenal sebagai sebuah universiti kajian yang banyak menghasilkan pelbagai inovasi sehingga mendapat 30 pingat emas ketika Pameran Inovasi, Rekaan dan Teknologi Antarabangsa ke-31 (ITEX 2020) sekali gus menerima pengiktirafan Golden Awards 2020 mengatasi kesemua institusi l

ain yang mengambil bahagian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 7:00 AM