Aplikasi TheNoor kini boleh dimuat turun.
Aplikasi TheNoor kini boleh dimuat turun.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Aplikasi yang menampilkan konsep gaya hidup Muslim iaitu, TheNoor kini boleh dimuat turun untuk sistem operasi Android serta Apple, iOS.

  Ia diperkenalkan oleh usahawan serta selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan aplikasi berkenaan turut merangkumi pelbagai maklumat penting.

  Ciri khusus gaya hidup Muslim yang ditampilkan oleh aplikasi berkenaan turut merangkumi waktu solat, azan, arah kiblat dan carian masjid terdekat dengan pengguna.

  Ia juga merangkumi himpunan ayat al-Quran serta terjemahan lengkap untuk lima bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan Indonesia.

  Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang iklan dan menawarkan pemuka mesra pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 10:42 PM