LEE Li Meng
LEE Li Meng
Muhammad Saufi Hassan

Unit teknologi kewangan, Razer Fintech dan Rely mengumumkan kerjasama untuk memberi penawaran perkhidmatan menerusi kaedah 'Beli Dulu Bayar Kemudian' (BNPL).

Perkhidmatan itu ditawarkan bagi pedagang berdaftar di bawah Perkhidmatan Pedagang Razer (RMS) di Asia Tenggara.

RMS memiliki kedudukan yang sangat kukuh di Asia Tenggara dan menawarkan pembayaran atas talian menerusi gerbang pemproses skim kad global dengan lebih 110 kaedah pembayaran.

Kerjasama strategik itu akan memperlihatkan perluasan perkhidmatan di Singapura, Malaysia dan Korea Selatan selepas memperoleh modal dari Goldbell Financial Services untuk memproses sehingga kira-kira RM400 juta dalam tansaksi kaedah BNPL ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Razer Fintech, Lee Li Meng berkata, kerjasama itu membolehkan Rely memperluas penyelesaian BNPL inovatif ke rangkaian pedagang Razer yang luas di seluruh Asia Tenggara.

"Kerjasama ini membolehkan penyelesaian BNPL Rely menambah penawaran fintech dan mengembangkan ekosistem pembayaran digital kepada pelanggan kami.

"Ia juga selaras dengan komitmen jangka panjang kami untuk menggunakan pengetahuan dalam fintech bagi membina cara baharu dan inovatif untuk memenuhi keperluan segmen generasi muda dan milenial yang berkembang di Asia Tenggara," katanya.

Kaedah penyelesaian BNPL itu mengubah sektor kewangan di Asia Tenggara sekali gus menjadi lokasi pengguna muda yang dekat dengan dunia teknologi.

Menerusi kerjasama itu, negara turut mendapat manfaat kepakaran bagi kedua-dua rakan kongsi berkenaan selain membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro menawarkan saluran pembayaran digital alternatif.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Rely, Hizam Ismail berkata, pembeli muda dan pengguna yang dekat dengan dunia teknologi meraih akses kepada pilihan pembayaran tanpa faedah yang fleksibel.

"Kami berharap dapat memperluaskan perkhidmatan kepada lebih banyak pedagang dan pengguna di Singapura dan rantau ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 6:16 PM