DR LISA Su memperkenalkan barisan baharu kad grafik dikenali Radeon RX siri 6000.
DR LISA Su memperkenalkan barisan baharu kad grafik dikenali Radeon RX siri 6000.
Muhammad Saufi Hassan

 

 

Peneraju pengeluar pemproses terkemuka, Advanced Micro Devices (AMD) sekali lagi mengorak langkah apabila memperkenalkan barisan baharu unit pemproses grafik (GPU) keluarannya.

  Siri baharu itu adalah kesinambungan kad grafik Radeon RX 5000 dan kini ia dikenali sebagai siri RX 6000 yang menawarkan pengalaman permainan lebih baik dan menyokong resolusi 4K.

  Ketua Pegawai Eksekutif AMD, Dr Lisa Su dalam pengenalan produk baharu syarikat itu awal pagi tadi menampilkan tiga model kad grafik iaitu RX 6800, RX 6800XT dan RX6900XT.

  Ketiga-tiga kad grafik berkenaan menawarkan keupayaan Video Memori (VRAM) 16GB.

  Paling mencuri tumpuan adalah pengenalan kepada AMD Radeon RX 6900XT yang didakwa mempunyai keupayaan setanding dengan pencabar mereka iaitu Nvidia GeForce RTX 3090 yang baru dilancarkan sebelum ini.

  Namun, RX 6900XT menawarkan tanda harga lebih rendah iaitu perbezaan kira-kira RM2,000 menjadikan kad baharu AMD terbabit lebih kompetatif daripada aspek harga.

  AMD juga mengumumkan bahawa kad grafik baharu mereka akan mula dijual di pasaran pada 8 Disember depan dan masih mengekalkan rakan strategik pembuatan kad termasuk ASUS, ASRock, MSI, Gigabyte dan beberapa syarikat pembuat yang lain.

  Pengumuman berkenaan pastinya menggugat kedudukan pencabar mereka iaitu Nvidia walaupun langkah baharu syarikat itu untuk menurunkan harga disambut baik, namun dengan tanda harga lebih rendah ditawarkan AMD menerusi produk baharu mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 11:08 AM