Kongsi skrin HUAWEI MateBook 14 dan telefon pintar HUAWEI dengan mudah. - FOTO HUAWEI
Kongsi skrin HUAWEI MateBook 14 dan telefon pintar HUAWEI dengan mudah. - FOTO HUAWEI
Muhamad Shaifullah Tayep

PERANTI yang dinilai 'Best Overall' oleh Tech Advisor, HUAWEI MateBook 14 dilancarkan di Malaysia, baru-baru ini.

Menampilkan rekaan estetik FullView Display dan spesifikasi menakjubkan sejak MateBook generasi pertama, HUAWEI kini menambahbaik rekaan dan membina reputasi baik serta pangkalan pengguna untuk kesemua siri produknya.

Dijual dengan harga bermula RM3,799, HUAWEI MateBook 14 menampilkan rekaan 2K FullView Display yang ikonik dan menakjubkan selain mengetengahkan prestasi setanding komputer riba ringan lain.

Skrin terbaik antara komputer riba ringan lain

Skrin 2K FullView Display memberikan pengalaman menonton lebih menyeronokkan. - FOTO HUAWEI

Pada 2018, HUAWEI menggunakan rekaan FullView Display yang ada pada industri telefon pintar bagi menghasilkan 'komputer riba dunia pertama dilengkapi FullView Display' dan memperkenalkan HUAWEI MateBook X Pro dengan resolusi 3K serta 91 peratus ultra-high screen-to-body-ratio lalu membawa konsep FullView Display ke industri komputer riba.

Lebar kerangka kiri dan kanan HUAWEI MateBook 14 hanya 4.9 milimeter (mm) bagi menampakkan rekaan FullView empat sisi bezel mikro dengan nisbah skrin ke kerangkanya  sehingga 90 peratus seterusnya menjadikan ia satu-satunya komputer riba dengan paparan 2K FullView yang berada dalam julat harga sama.

HUAWEI MateBook 14 menggunakan resolusi paparan berdefinisi tinggi 2160x1440 dengan PPI mencapai 185 bagi memudahkan urusan kerja dan rekaan harian melalui paparan skrin lebih halus.

Pada masa sama, liputan gamut warna sRGB seluas 100 peratus (nilai tipikal) memadai untuk kebanyakan komputer riba 14 inci. Warna yang dipaparkan cukup terang untuk lebih kawalan warna dalam menghasilkan rekaan.

Kecerahan 300 nits (nilai tipikal) memastikan pengalaman menonton yang baik walaupun dalam persekitaran luar. Nisbah kontras tinggi hingga 1500: 1 (nilai tipikal) juga menghalangnya daripada kelihatan kelabu ketika memapar gambar atau video.

Skrin penuh 2K MateBook 14 menggunakan teknologi keselesaan mata cahaya-biru-rendah diperakui oleh German TÜV Rheinland yang ada pada telefon pintar dan tablet HUAWEI.

Ia menggunakan kombinasi lembut dan keras untuk menyesuaikan keseimbangan putih dan warna skrin secara automatik untuk mencapai penapisan cahaya biru yang berkesan bagi memberikan keselesaan fotosensitiviti, melegakan keletihan visual dan melindungi mata dengan lebih baik.

Kamera web HUAWEI MateBook 14 tersembunyi memudahkan pengguna. - FOTO HUAWEI

HUAWEI MateBook 14 menawarkan nisbah paparan 3:2 lebih tinggi berbanding paparan 14 inci tradisional 16:9, ia sekali gus mempunyai ruang lebih luas serta 100 peratus sRGB gamut yang melindungi mata pengguna.

Menggunakan paparan 16:9 membuatkan anda kehilangan kawasan skrin menegak, namun dengan paparan HUAWEI MateBook 14, ia memberikan paparan skrin lebih luas dan menyegarkan ketika mengendalikan urusan pejabat, melayari internet untuk mencari maklumat dan memproses lembaran Excel atau dokumen Word.

Dilengkapi pemproses berprestasi tinggi

HUAWEI MateBook 14 menggunakan rekaan badan aloi aluminium seberat 1.49 kilogram dan tebal 15.9mm yang memberikan sentuhan selesa berbanding komputer riba berprestasi tinggi lain yang lebih berat dan mahal.

Pemproses AMD pada HUAWEI MateBook 14 lebih pantas dan cekap berbanding model terdahulu. - FOTO HUAWEI

Dilengkapi pemproses berprestasi tinggi 6-core 12-thread AMD Ryzen 5 4600H atau 8-core 16-thread Ryzen 7 4800H, ia menjadikannya lebih ringan dan kuat bekerja selain teknologi binaan pemproses 7nm serta rekaan Zen 2 yang menjadikan produk ini tampak nipis lagi bertenaga.

Dengan kehebatan itu, fail Powerpoint sebesar 1 gigabait (GB) mampu dibuka dengan hanya  2.5 saat, menyunting 300 gambar bersaiz 7.5GB boleh dilakukan hanya 2.6 saat, menggunakan Visual Studio untuk menggabungkan 3.4 juta kod sepantas empat minit 10 saat sahaja kerana HUAWEI MateBook 14 menggunakan pemproses AMD yang mempunyai prestasi lebih bagus serta lebih efektif dari segi kos berbanding pemproses versi i7.

Tambahan pula, HUAWEI MateBook 14 generasi baharu ini hadir dengan memori dua saluran 16GB dan setoran PCIe NVMe SSD sehingga 512GB bukan sahaja memudahkan anda membuka perisian, malah dapat menyimpan fail besar dalam setoran rangkaian dalam talian.

Penyebaran haba yang bagus

Ada yang mengatakan komputer riba nipis dan ringan tidak bagus untuk penyebaran haba. Namun, HUAWEI MateBook 14 adalah komputer riba berkuasa dan mempunyai lapisan rekaan baharu yang cekap untuk struktur penyebaran haba.

Ia dilengkapi kipas penyejuk sirip jerung 0.15-0.2mm berbentuk S yang dinaik taraf bagi meningkatkan ruang bendalir dan memperbaiki keadaan aliran masuk; lebih dari 79 bilah berketumpatan tinggi untuk meningkatkan sekatan bilah pada aliran udara, mengelakkan penghasilan pusaran, membiarkan aliran udara cepat berlalu, dan meningkatkan kesan penyebaran haba.

HUAWEI MateBook 14 juga dilengkapi dua paip haba untuk membantu meningkatkan kecekapan penyebaran haba. Ruang penyebaran haba lebih besar yang dibawa oleh papan induk kecil berketumpatan tinggi membolehkan ia menampung reka bentuk "kipas berganda" dan "paip haba berganda" dalam kerangka sangat nipis, ditambah isi padu udara besar yang dihasilkan oleh kipas berdiameter lebih besar bagi mencapai kesan pelesapan haba "1 + 1> 2".

HUAWEI MateBook 14 dilengkapi teknologi penapisan pintar yang memantau suhu keseluruhan peranti dalam masa sebenar menggunakan enam sensor suhu secara berkesan bagi meningkatkan kecekapan kipas.

Jadikan komputer riba seperti telefon pintar

HUAWEI membawakan konsep popular ke dalam industri telefon pintar seperti FullView Display, kawalan berbilang sentuhan, penyebaran haba yang cekap, pengecas pantas dan interaksi pintar.

HUAWEI MateBook 14 mengambil idea itu lalu menghasilkan ciri sentuhan hebat yang menyokong sentuhan sepuluh titik bagi membolehkan anda melakukan tangkap skrin dengan hanya melakukan leretan tiga jari atau melukis bentuk untuk tangkapan di kawasan tertentu.

Ia juga mengesan apa saja teks secara automatik di kawasan tangkap skrin dan anda boleh menyalinnya ke dalam dokumen dengan mudah.

Berkongsi skrin lebih mudah dengan HUAWEI kolaborasi berbilang skrin . - FOTO HUAWEI

Dengan sistem kolaborasi berbilang skrin unik HUAWEI, anda hanya perlu fokus pada skrin komputer riba untuk berkongsi skrin telefon pintar dan anda hanya perlu leret dan lepas terus ke dalam skrin untuk memindahkan fail selain boleh juga menerima panggilan audio atau video.

Cas telefon pintar dan komputer riba HUAWEI anda dengan hanya satu pengecas pantas sahaja. - FOTO HUAWEI

Teknologi ikonik yang ada pada telefon pintar HUAWEI, HUAWEI super-charging kini ada pada HUAWEI MateBook 14 apabila ia dilengkapi pengecas 65W USB-C yang beratnya hanya 160 gram, sesuai dimasukkan ke dalam poket dan juga mampu mengecas telefon pintar HUAWEI anda yang menyokong HUAWEI SuperCharge™.

Dengan bateri berkapasiti besar sehingga 56 Wh (keupayaan dinilai), digabungkan dengan teknologi penjimatan kuasa pintar HUAWEI, HUAWEI MateBook 14 boleh digunakan sehingga dua jam 30 minit selepas 15 minit ia dicas pantas.

HUAWEI MateBook 14 dilengkapi butang kuasa cap jari yang canggih. - FOTO HUAWEI

Lebih menarik, HUAWEI MateBook 14 dilengkapi butang kuasa cap jari yang menggabungkan keselamatan dan kemudahan. Anda boleh menekannya ketika komputer riba padam dan menghidupkan semula serta log masuk ke dalam Windows tanpa perlu mengesan semula cap jari.

Selain itu, papan kekunci lampu latar saiz penuh yang hadir pada HUAWEI MateBook 14 juga mempunyai tiga tahap pelarasan lampu latar, mengoptimumkan perjalanan kunci dan papan kekunci dan menambah keluasan kawasan pad sentuh menjadikan operasi input dan isyarat lebih mudah.

HUAWEI MateBook 14 turut disertakan port fon telinga, telefon pintar, pemacu kilat dan segala yang anda perlukan untuk memudahkan urusan harian.

Berbanding komputer riba ringan lain, HUAWEI MateBook 14 mempunyai prestasi teras yang lebih kuat, kualiti skrin yang tidak dapat dikalahkan pada tahap harganya, dan atribut tambahan kualiti dan ekologi lengkap dari perspektif reka bentuk dan pertukangan.

Ia mula dijual 30 Oktober ini di Malaysia pada harga bermula RM3,799. Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI MateBook 14, layari HUAWEI Online Store.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 11:08 PM