Iphone 12
Iphone 12
Muhammad Saufi Hassan


BULAN ini antara yang mendapat perhatian memandangkan Apple dijangka akan mengumumkan peranti pintar paling ikonik keluaran syarikat berkenaan iaitu siri iPhone 12.

Khabar angin menyatakan bahawa Apple akan mengumumkan produk baharu mereka pertengahan bulan ini dengan pengenalan kepada empat variasi antaranya iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan versi Pro Max untuk kelas tinggi.

Sebuah portal teknologi menyatakan bahawa dua variasi awal iaitu iPhone 12 mini dan iPhone 12 akan didatangkan dengan kapasiti storan 64GB, 128GB dan 256GB manakala dua variasi kelas atasan akan bermula dengan storan 128GB.

Sehingga kini, Apple masih tidak mendedahkan tarikh sebenar pengenalan iPhone baharu mereka manakala harga yang dicadangkan sekitar RM2,700 hingga RM5,000 untuk variasi kelas tinggi.

Syarikat teknologi itu juga tidak mendedahkan sebarang spesifikasi malah tiada maklumat tertiris sehingga kini dan pemain teknologi utama hanya mengandaikan iPhone 12 akan menggunakan empat lensa utama berbanding iPhone 11 Pro yang dikuasakan dengan tetapan tiga lensa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 4:05 PM