Muhammad Saufi Hassan


PENERAJU pengeluaran pemproses, Advanced Micro Devices (AMD) memperlihatkan imej pengolokan unit pemproses grafik baharu mereka iaitu RX 6000 yang bakal dilancarkan penghujung Oktober depan.

Berdasarkan imej berkenaan, siri kad RX 6000 menggunakan tiga kipas dengan dua slot lapan pin punca kuasa sesuai dengan kelas kad prestasi tinggi.

Siri RX 6000 itu juga dijangka akan bersaing dengan unit pemproses grafik keluaran Nvidia GeForce iaitu RTX siri 3000 yang dilancarkan awal bulan ini.

AMD yang juga akan mengekalkan tanda harga kompetatif untuk unit pemproses grafik di samping kuasa prestasi yang menyamai pesaing mereka iaitu Nvidia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2020 @ 10:24 AM