Nvidia GeForce MX450
Nvidia GeForce MX450
Oleh Muhammad Saufi Hassan


NVIDIA melancarkan unit pemproses grafik (GPU) mudah alih mereka iaitu siri MX450 yang digunakan untuk kebanyakan laptop yang berada di pasaran pada masa ini.

Ia adalah pembaharuan daripada Nvidia dengan menambah pilihan GPU mudah alih mereka dan ia juga merancakkan lagi 'demam' pelancaran RTX baharu dengan kod nama 'Ampere' pada 1 September ini.

Cip grafik Nvidia GeForce MX450 ini menggunakan rekaan memori GDDR5 dan GDDR6 dengan sokongan binaan PCIe 4.0.

Penggunaan cip grafik MX450 ini membolehkan laptop memproses data grafik lebih baik berbanding GPU terbina yang dibekalkan bersama pemproses.

Nvidia menyatakan bahawa untuk model MX450 dengan rekaan GDDR5, ia menggunakan cip sama dengan Nvidia Pascal yang digunakan untuk kad grafik konvensional GTX siri 1000.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2020 @ 8:53 PM