HONOR MagicBook 14 menampilkan rekaan elegan. - FOTO Google
HONOR MagicBook 14 menampilkan rekaan elegan. - FOTO Google
Muhammad Saufi Hassan


BAGI pengguna yang mahu mencari sebuah peranti untuk tugasan produktiviti, Honor MagicBook 14 adalah jawapannya kerana ia menawarkan kefungsian paling maksimum dan keupayaan jangka hayat bateri yang panjang.

Honor MagicBook 14 menggunakan pemproses AMD daripada siri Ryzen 5 3500U yang dipadankan bersama kapasiti memori (RAM) 16GB berasaskan kepada medium DDR4.

Jumlah storan yang ditawarkan kepada pengguna adalah 512GB SSD sekali gus memberikan kecekapan kefungsian tugas.

Menyentuh aspek spesifikasi yang lain, Honor MagicBook 14 menggunakan sistem operasi Windows 10 Home Edition serta skrin paparan 14 inci dengan panel IPS untuk memberi kejelasan paparan kepada pengguna.

Resolusi untuk peranti mudah alih ini adalah 1920 x 1080 piksel dan mempunyai berat 1.38 kilogram.

Bagi aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan butang kuasa imbasan cap jari dan aplikasi khusus untuk peranti ini turut didatangkan Honor Magic-Link untuk kemudahan ekosistem peranti kepada pengguna.

Tanda harga bagi Honor MagicBook 14 adalah RM2,999.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 6:18 AM