HONOR MagicBook 14 bakal dijual dengan harga RM2,999.
HONOR MagicBook 14 bakal dijual dengan harga RM2,999.
Muhammad Saufi Hassan


Pengeluar peranti pintar terkemuka, Honor memperkenalkan sebuah lagi produk baharu mereka iaitu Honor MagicBook 14 sekali gus menambahkan koleksi produk menggunakan jenama berkenaan.

Honor MagicBook 14 menggunakan pemproses AMD daripada siri Ryzen 5 3500U yang dipadankan bersama kapasiti memori (RAM) 16GB berasaskan kepada medium DDR4.

Jumlah storan yang ditawarkan kepada pengguna adalah 512GB SSD sekali gus memberikan kecekapan kefungsian tugas.

Menyentuh aspek spesifikasi yang lain, Honor MagicBook 14 menggunakan sistem operasi Windows 10 Home Edition serta skrin paparan 14 inci dengan panel IPS untuk memberi kejelasan paparan kepada pengguna.

Resolusi untuk peranti mudah alih ini adalah 1920 x 1080 piksel dan mempunyai berat 1.38 kilogram.

Bagi aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan butang kuasa imbasan cap jari dan aplikasi khusus untuk peranti ini turut didatangkan Honor Magic-Link untuk kemudahan ekosistem peranti kepada pengguna.

Tanda harga bagi Honor MagicBook 14 adalah RM2,999 dan pra tempahan boleh dibuat bermula 24 hingga 30 Julai.

Spesifikasi

Pemproses : AMD Ryzen 5 3500U

RAM : 16GB

Storan : 256GB SSD

Paparan : 14 Inci panel IPS

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2020 @ 9:06 PM