APPLE dan Google bangun sistem API untuk digunakan agensi kesihatan seluruh dunia sebagai medium cegah penularan wabak.
APPLE dan Google bangun sistem API untuk digunakan agensi kesihatan seluruh dunia sebagai medium cegah penularan wabak.
Muhammad Saufi Hassan

PRIHATIN terhadap keupayaan teknologi mampu untuk melakukan pengesanan bagi penularan wabak Covid-19, dua syarikat gergasi teknologi iaitu Apple dan Google mengambil inisiatif untuk bekerjasama dan menghasilkan idea asas bagi pembangunan perisian khusus.

Usaha sama itu juga berjaya mewujudkan Sistem Aplikasi Program Antaramuka (API) yang akan digunakan agensi kesihatan seluruh dunia untuk membangunkan aplikasi mereka menggunakan sistem API pintar berkenaan.

Berasaskan kepada teknologi Bluetooth, dua syarikat berkenaan menggunakan teknologi berkenaan dengan lebih optimum apabila kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19 boleh dikesan menerusi denyutan pemancar Bluetooth menerusi peranti pengguna.

Minggu ini, Apple dan Google melancarkan Sistem Notifikasi Pendedahan, sekali gus membantu agensi kesihatan untuk membangunkan perisian berasaskan kepada sistem berkenaan.

SISTEM API akan menjejak semua kontak sepanjang suatu tempoh yang ditentukan menghantar notifikasi kepada pengguna.
SISTEM API akan menjejak semua kontak sepanjang suatu tempoh yang ditentukan menghantar notifikasi kepada pengguna.

Menerusi kemas kini aplikasi terbaharu untuk telefon pintar berkenaan, agensi kesihatan seluruh dunia boleh memulakan pembangunan aplikasi yang sesuai untuk menggunakan sistem API yang dibangunkan oleh dua syarikat terkemuka berkenaan.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan selepas Apple dan Google melaksanakan beberapa siri perbincangan dengan agensi kesihatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar kesihatan mengenai keperluan untuk menggunakan teknologi sebagai medium pencegahan kepada penularan wabak.

Sehingga hari ini, sebanyak 22 negara membabitkan lima benua sudah mengemukakan permohonan dan mempunyai akses kepada sistem API terbabit dan lebih banyak lagi negara menerima kemas kini baru berkenaan dalam beberapa minggu akan datang.

Sistem berkenaan berfungsi menerusi identiti denyutan Bluetooth daripada satu peranti kepada peranti lain dan identiti berkenaan akan diubah secara automatik setiap masa untuk mengelakkan daripada dimanipulasi pihak ketiga.

APPLE dan Google lancar Sistem Notifikasi Pendedahan, sekali gus bantu agensi kesihatan untuk bangun perisian berasaskan sistem berkenaan.
APPLE dan Google lancar Sistem Notifikasi Pendedahan, sekali gus bantu agensi kesihatan untuk bangun perisian berasaskan sistem berkenaan.

Agensi kesihatan boleh membangunkan perisian berasaskan kepada sistem API berkenaan dan ia mampu untuk mengesan pendedahan wabak dengan lebih efektif memandangkan setiap peranti pengguna akan saling menghantar denyut identiti Bluetooth.

Jika seseorang itu didapati positif dijangkiti virus Covid-19 dan memuat naik keputusan dalam perisian yang akan dibangunkan kelak, sistem API akan menjejak semua kontak sepanjang suatu tempoh yang ditentukan menghantar notifikasi kepada pengguna yang berada dekat dengan pesakit positif terbabit.

Aplikasi yang dibangunkan agensi kesihatan kelak akan menggunakan asas sistem API yang diwujudkan oleh Apple serta Google, sekali gus membantu pengesanan kontak dalam suatu tempoh tertentu.

Ia juga adalah bukti bahawa keupayaan teknologi mampu untuk membantu pelbagai bidang terutama tatkala dunia berdepan ancaman penularan Covid-19 yang meragut nyawa lebih puluhan ribu orang serta menjangkiti jutaan pesakit seluruh dunia.

SISTEM berkenaan berfungsi menerusi identiti denyutan Bluetooth daripada satu peranti kepada peranti lain.
SISTEM berkenaan berfungsi menerusi identiti denyutan Bluetooth daripada satu peranti kepada peranti lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 7:00 AM