OPPO melancarkan OPPO A92.
OPPO melancarkan OPPO A92.
Muhammad Saufi Hassan


SYARIKAT pengeluar telefon pintar terkemuka, OPPO hari ini melancarkan peranti terbaru mereka iaitu OPPO A92 sekali gus mengukuhkan barisan produk yang menggunakan kod nama 'A' di pasaran.

OPPO A92 menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 665 yang dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) 8GB.

Peranti berkenaan menampilkan paparan teknologi Neo bersama tetapan kamera 48 Megapiksel (MP) kuad kamera di samping rekaan bentuk peranti tiga dimensi kuad lengkung yang memberikan ciri peranti premium.

Menyentuh aspek spesifikasi, peranti berkenaan menggunakan tetapan kamera kuad dengan lensa utama berkeupayaan 48MP serta 12MP untuk merakam imej dalam sebarang keadaan pencahayaan, lensa kedua 8MP sudut ultra lebar, lensa ketiga untuk swafoto 2MP + 2MP Mono.

Peranti ini mempunyai jumlah storan 128GB (UFS 2.1) dan mampu untuk menyokong kad storan tambahan sehingga 256GB.

Kapasiti bateri pula dilengkapi dengan 5,0000mAh dengan kuasa pengecas 18W untuk memberi ketahanan sepanjang hari kepada peranti selain turut didatangkan pengimbas cap jari yang diletakkan dibahagian tepi peranti.

Mengukuhkan lagi kemampuan paparan OPPO A92 ini adalah pensijilan Widevine L1 yang membolehkan kandungan Definisi Penuh (HD) disiarkan di platform video arus perdana seperti Netflix.

Pensijilan tambahan oleh TÜV Rheinland pada mod Paparan penjagaan penuh OPPO A92 ini kini memberikan pengalaman tontonan yang lebih selesa dalam keadaan cahaya rendah.

Bagi paparan dan keadaan pencahayaan pula, penyesuaian lampu latar berteknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Skrin Cahaya Matahari OPPO A92 akan sentiasa menganalis kecerahan persekitaran dalam masa nyata dan secara automatik menyesuaikan lampu latar untuk kecerahan optimum.

Tanda harga bagi peranti ini adalah RM1,199 yang ditawarkan dalam dua warna iaitu Twilight Black dan Shining White.

Pengguna boleh membuat pra tempah peranti ini di semua kedai rasmi OPPO atau secara atas talian di laman sesawang rasmi OPPO, pengedar rasmi, kedai rangkaian OPPO seperti Senheng, senQ, DirectD dan Urban Republic atau rakan e-dagang seperti Lazada dan Shopee. OPPO A92 juga akan tersedia di semua rakan telco iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U-Mobile.

Spesifikasi OPPO A92

Pemproses : Snapdragon 665

RAM : 8 GB

Storan : 128GB (Menyokong sehingga 256GB)

Kamera : 48MP + 12MP + 8MP + 2MP + 2MP

Bateri : 5,000mAh

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2020 @ 10:24 PM