SAMBUNGAN DS4 Dualshock kepada peranti sekali gus menggunakan untuk bermain.
SAMBUNGAN DS4 Dualshock kepada peranti sekali gus menggunakan untuk bermain.
Muhammad Saufi Hassan

PLATFORM permainan mudah alih pada masa ini boleh dikatakan menawarkan pelbagai genre malah paling mendapat perhatian adalah mod Pemain Penembak Pertama atau ‘FPS’ seperti PUBG Mobile atau pun Call of Duty Mobile (CODM).

Tidak kurang juga permainan jenis perlumbaan dan kebanyakan judul berkenaan menawarkan fungsi kawalan atas skrin dan jika pemain meluangkan masa dalam tempoh yang panjang, ia akan mewujudkan rasa tidak selesa.

Jari berpeluh dan merasa panas pada bahagian jari untuk kawalan adalah perkara biasa yang dihadapi namun pemain boleh membeli set kawalan luar.

Bagaimanapun, jika anda mempunyai set permainan konsol keluaran Sony PlayStation 4, pastinya boleh memanfaatkan alat kawalan DS4 Dualshock dengan membuat sambungan kepada peranti sekali gus menggunakan untuk bermain.

Kaedah sambungan DS4 Dualshock dengan peranti anda sebenarnya sangat mudah kerana kedua-duanya menggunakan sambungan sokongan Bluetooth.

Berikut adalah aturan sambungan:

1. Aktifkan sambungan Bluetooth pada peranti pintar anda.

2. Tekan butang ‘Share’ dan ‘PS’ serentak pada alat kawalan PS4 sehingga memperlihatkan lampu isyarat berkelip.

3. Lakukan carian menerusi peranti pintar dengan kekunci ‘Wireless Controller’.

4. Selepas melakukan padanan atau ‘pairing’, kini anda boleh menggunakan kawalan DS4 untuk permainan kegemaran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 6:34 PM