APPLE Watch 5.
APPLE Watch 5.
Muhammad Saufi Hassan


Apple bakal melancarkan jam pintar mereka iaitu Apple Watch 5 secara rasmi esok di pasaran tempatan dengan beberapa penawaran kefungsian baharu.

Jam pintar itu juga sesuai untuk individu aktif supaya melakukan pemantauan aktiviti sepanjang hari dan menjadi jurulatih pintar.

Apple Watch Siri 5 bakal menjadi jurulatih pintar baharu buat penggunanya apabila jam pintar berkenaan dilengkapi dengan pelbagai mod bersukan.

Apple Watch 5 itu juga didatangkan dengan kompas terbina, paparan Retina selain kefungsian antarabangsa untuk kecemasan iaitu ‘Panggilan Kecemasan Antarabangsa’.

Panggilan kecemasan itu akan menghubungi talian kecemasan secara automatik apabila jam pintar keluaran Apple berkenaan menjejaki sebarang kelakuan tidak normal pemakainya.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Apple Watch 5 didatangkaan dalam dua varian pemuka iaitu 40mm serta 44mm berdasarkan kepada kesesuaian pengguna.

Jam berkenaan menggunakan cip S5 dengan pemproses dua teras 64bit serta mempunyai keupayaan ketahanan bateri lebih daripada 18 jam kepenggunaannya.

Apple Watch 5 juga didatangkan dengan varian Nike sesuai untuk fesyen terkini dan kelihatan lebih moden dengan pemilihan pelbagai tali.

Bagi Apple Watch 5 dengan pemuka 40mm dijual pada harga RM1,749 manakala bagi pemuka 44mm pada harga RM1,899. Ia juga mempunyai dua varian iaitu set jam pintar GPS dan set jam GPS serta selular.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 5:04 PM