VAKUM Robotik, iRobot Roomba 960 mampu dihubungkan menerusi telefon pintar.
VAKUM Robotik, iRobot Roomba 960 mampu dihubungkan menerusi telefon pintar.
Muhammad Saufi Hassan

JIKA anda sibuk dengan tugas harian sehingga mengabaikan urusan mengemas di rumah, vakum robotik mungkin jawapan yang sesuai untuk menyelesaikan semua masalah berkenaan.

Vakum robotik, iRobot Roomba 960 mampu dikawal menggunakan aplikasi yang dimuat turun dalam telefon pintar.

Vakum robotik keluaran iRobot ini dihubungkan menerusi aplikasi khusus dan pengguna boleh menetapkan masa tertentu untuk vakum berkenaan memulakan tugas pembersihan di rumah.

Robot pintar itu juga akan menghantar isyarat kepada telefon pintar pengguna selepas tugas pembersihan dilaksanakan dan vakum jenis ini mampu untuk bergerak secara automatik apabila mengesan habuk.

iRobot Roomba 960

BERAT: 3.8 kilogram (kg)

KAWASAN PEMBERSIHAN: 150 meter persegi

BATERI: Mampu beroperasi 75 minit

TEMPOH MENGECAS: 120 minit

HARGA: Lebih RM2,000

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 9:39 AM