PENGURUS besar produk, penjualan dan pemasaran Acer Malaysia, Chan Weng Hong bersama Eksekutif Kanan Produk Acer Malaysia, Soo Yun Sin mendedahkan produk baru Acer. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
PENGURUS besar produk, penjualan dan pemasaran Acer Malaysia, Chan Weng Hong bersama Eksekutif Kanan Produk Acer Malaysia, Soo Yun Sin mendedahkan produk baru Acer. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Muhammad Saufi Hassan


ACER Malaysia memperkenalkan empat produk terkini iaitu laptop Acer TravelMate X33 dan Chromebook Spin 13, komputer semua dalam satu Veriton Z4660G dan komputer mini Veriton N4660G.

Pengenalan Acer Chromebook Spin 13 adalah kejayaan besar buat Acer apabila produk berkenaan adalah Chromebook pertama di dunia yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core i generasi kelapan.

Chromebook Spin 13 didatangkan dengan memori 8GB LPDDR3 dan storan sehingga 64GB.

Harga ditawarkan untuk Chromebook Spin 13 adalah RM3,599 dan ia dilengkapi dengan skrin sentuh Corning Gorilla Glass yang menawarkan navigasi lancar.

Acer turut memperkenalkan Veriton Z4660G yang didatangkan dalam dua varian iaitu pemproses Intel Core i3 dan Intel Core i5 generasi kelapan.

Produk ini menawarkan pengalaman tontonan jelas dan tajam daripada sudut pandangan yang luas menerusi paparan definisi penuh berteknologi IPS 178 darjah.

Ia juga dilengkapi dengan Ergostand yang versatil dan pengguna boleh mencondongkan, memusing dan mengubah ketinggian untuk tontonan lebih selesa.

Bagi pemproses i3, harga ditawarkan adalah RM2,899 dan i5 adalah RM3,199.

Sementara itu, komputer mini Veriton Siri N adalah komputer mini seberat 2.9 kilogram dan berdimensi 249 x 204 x 53 milimiter.

Ia juga didatangkan dengan dua pemproses dan masing-masing dijual pada harga RM2,899 dan RM3,399.

Bagi segmen laptop pula, Acer terus memperkenalkan TravelMate X33 dengan pemproses Intel Core i5 generasi kelapan dan sistem storan terkini 246GB SSD.

Ia adalah laptop kelas perniagaan yang sangat tahan lasak dan jangka hayat baterinya mampu mencecah sehingga 15 jam dan boleh didapati pada harga RM4,099.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Disember 2018 @ 6:40 PM