MIN-Liang (kiri) dan Tan (tengah) mencuba simulasi pembayaran.
MIN-Liang (kiri) dan Tan (tengah) mencuba simulasi pembayaran.
Afiq Hanif

Razer Pay menjadi e-dompet terbaru di Malaysia hasil kerjasama dengan Berjaya Group.

Ia sekali gus membolehkan penggunanya memanfaatkan pembayaran tanpa tunai di lebih 6,000 kedai peruncitan utama termasuk makanan dan minuman (F&B) seperti Starbucks, Singer, Cosway, Greyhound CafÈ, Wendy’s, Kenny Rogers, Krispy Kreme, 99 Speedmart dan Thundermatch.

Pengasas Razer, Min-Liang Tan berkata, Malaysia menjadi negara pertama yang menggunakan aplikasi Razer Pay.

“Razer Pay adalah e-dompet yang direka untuk belia dan generasi Y. Pengguna boleh menambah dengan mudah, memindahkan wang dengan cepat dan membuat pembayaran di mana-mana saja,” katanya.

“Aplikasi percuma di App Store dan Google Play terbabit bekerjasama dengan institusi perbankan seperti CIMB, Maybank dan RHB Bank.

“Sebelum menggunakan telefon pintar terbabit untuk pembayaran, pengguna perlu menetapkan aplikasi dengan memeriksa kesesuaian akaun bank masing-masing.

Sementara itu, Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan berkata, kepelbagaian jenama di bawah syarikatnya sesuai dijadikan lokasi penggunaan e-dompet.

“e-dompet Razer Pay yang membenarkan pengguna membuat transaksi serta memindahkan dana dengan mudah,” katanya.

Pengguna boleh membeli prabayar Razer di cawangan 7-Eleven seluruh negara atau membuat isian semula melalui akaun bank online mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 12:53 PM