HM Digital

Terlalu banyak produk farmaseutikal di pasaran mungkin menyebabkan ada yang mengambil kesempatan mahu menjual produk tidak berdaftar dan tanpa kelulusan.

Namun kini, pengguna boleh memeriksa produk terbabit menggunakan aplikasi Meditag Checker dengan mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar anda.

Setiap produk berdaftar mempunyai nombor pendaftaran tertentu akan ditetapkan untuk dicetak ke atas label atau bungkusan produk selain mempamerkan label keselamatan hologram.

Pelekat hologram Meditag diperkenalkan pada 2005 sebagai ciri keselamatan bagi memastikan produk farmaseutikal adalah berdaftar dan tulen.

Cubaan IT@Metro mendapati ia berguna ketika berada di farmasi dan pasar raya namun mengambil masa yang lama dan kadang-kadang tidak mengesan tag.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Jun 2018 @ 12:53 PM