Sony menampilkan model terkini fon telinga stereo dengan fungsi penghilang bunyi bising menerusi model WH-1000XM2 yang bercirikan bandana kepala, WI-1000X pula diletakkan di belakang tengkuk dan WF-1000X dengan ciri tanpa wayar terus masuk ke dalam telinga.

Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan teknologi terkini penghilang bunyi bising khusus untuk fon telinga berpenyambung Bluetooth. Ia juga diperkasa oleh ‘Adaptive Sound Control’ pertama di dunia yang mengenali tindak-tanduk pengguna.

Ia juga mengaktif dan menyahaktifkan ciri penghilang bunyi bising secara automatik mengikut keadaan sekeliling penggunaan.

Pengguna boleh memilih satu antara tiga model dengan gaya masing-masing itu kerana semuanya berjaya menyelesaikan masalah menanggalkan fon telinga atau menurunkan tahap volum suara setiap kali hendak bercakap.

SPESIFIKASI:

Sony WH-1000XM2

Harga: AS$349 (harga tempatan tidak diperoleh)

Jenis: Tertutup

Tindak balas frekuensi: 4Hz - 40000Hz

Kawalan volum: Sensor sentuhan

Penyambungan: Bluetooth 4.1 dan kabel

Input: Micro USB, jek mini

Profil: A2DP, AVRCP, HFP, HSP

Berat: 275g

Sony WF-1000X

Harga: AS$199 (harga tempatan tidak diperoleh)

Jenis: Tertutup, hibrid

Tindak balas frekuensi: 20Hz - 20000Hz

Kawalan volum: Ya

Penyambungan:

Bluetooth 4.1

Profil: A2DP, AVRCP, HFP, HSP

Berat: 70g

Sony WI-1000X

Harga: AS$299.99

(harga tempatan tidak diperoleh)

Jenis: Tertutup, hibrid

Tindak balas frekuensi: 3Hz - 40000Hz

Kawalan volum: Ya

Penyambungan: Bluetooth 4.1

Input: Micro USB

Profil: A2DP, AVRCP, HFP, HSP

Berat: 21g

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2017 @ 10:59 AM