STORAN tambahan elak memori hilang.
STORAN tambahan elak memori hilang.
Afiq Hanif


Selepas raya, ramai yang memiliki ratusan foto kenangan yang dirakam dalam iPhone masing-masing.

Sehinggakan memorinya mungkin penuh, anda perlu lakukan sesuatu bagi mengelakkan memori terbabit hilang jika berlaku sesuatu pada telefon pintar anda.

Sebab itu, anda boleh mendapatkan pemacu USB tanpa wayar sesuai untuk pengguna iPhone atau iPad yang sering kehabisan storan akibat ruang dalam gajet sedikit namun SanDisk Connect Wireless Stick juga sesuai untuk pengguna Android.

Penguji mendapati pemacu USB ini mempunyai keupayaan Wi-Fi seperti yang berupaya memindahkan tanpa wayar.

Terlebih dulu, anda perlu memindah turun aplikasinya yang didapati dalam Apps Store atau Google Play dan penguji mendapati ia mudah digunakan yang membolehkan anda mengakses fail daripada pelbagai peranti yang disimpan dalam SanDisk Connect Wireless Stick.

Tambahan pula, ia mempunyai jangka hayat bateri yang cukup untuk membuat anda beroperasi sepanjang hari.

SanDisk Connect Wireless Stick berwarna hitam dengan bahan plastik namun mempunyai reka bentuk corak geometri bertekstur yang memberi pandangan moden.

Pada bahagian tengah panel depan membolehkan anda mengetahui lampu yang menunjukkan sama ada pemacu dihidupkan, memindahkan data tanpa wayar dan jangka hayat bateri atau mengemas kini firmware.

Butang kuasa adalah kecil, nipis terletak di sebelah kanan. Fungsi pemacu USB ini memang jelas dengan tetapan WiFi 802.11n yang memindahkan fail kepada tiga peranti mudah alih sekali gus.

Anda boleh menyambung peranti ini ke port USB laptop dan boleh memindahkan fail secara tanpa wayar pada masa sama.

Aplikasi juga akan memaparkan jumlah simpanan yang tinggal dalam pemacu dan ia disusun kemas teratur, mudah mengemudi fail dan folder.

Anda juga boleh strim video yang dimuatkan dalam SanDisk Connect Wireless Stick namun berbuat demikian ia memakan masa empat jam sebelum bateri pemacu ini habis.

Connect Wireless Stick tidak menonjol dari segi kelajuan pemindahan fail kerana ia terhad kepada antara muka USB 2.0 saja.

Kelajuan membaca dan menulis fail mengambil kiraan 9.84Mbps serta 15.8Mbps secara ‘drag n drop’.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2017 @ 11:28 AM