JIHAN Muse (kanan) dan Ungku Hariz memperagakan rekaan fesyen sempena Hari Raya Aidilfitri. FOTO Faiz Anuar
JIHAN Muse (kanan) dan Ungku Hariz memperagakan rekaan fesyen sempena Hari Raya Aidilfitri. FOTO Faiz Anuar
Yusliza Yakimir Abd Talib

ELEMEN tradisional dalam rekaan busana wanita meskipun mendapat sentuhan moden menjadi asas utama jenama yang mendapat sentuhan peribadi barisan selebriti tanah air.

Mengetengahkan koleksi Aidilfitri, 19 selebriti dan artis melancarkan koleksi masing-masing eksklusif bersama hab fesyen selebriti, Starvilion.

Koleksi terkini itu juga memberi peluang kepada pereka mencuba perkara baharu yang menarik dan segar antaranya menghasilkan rekaan yang memenuhi pelbagai kumpulan wanita, lelaki dan kanak-kanak di bawah satu bumbung.

Selain menjadi platform untuk selebriti berkongsi bakat dan minat mereka dalam fesyen, pelbagai jenis pakaian yang ditawarkan turut mendapat sentuhan selebriti yang bersama-sama memilih material, menyumbang idea dalam rekaan pakaian dan pemilihan warna.

ZAHIRAH Macwilson (kanan) dan Hisyam Hamid pada pertunjukan fesyen koleksi Starvilion Balik Raya 2019. FOTO Faiz Anuar
ZAHIRAH Macwilson (kanan) dan Hisyam Hamid pada pertunjukan fesyen koleksi Starvilion Balik Raya 2019. FOTO Faiz Anuar

Kerjasama pusat sehenti itu bersama selebriti bukan hanya terhad sebagai duta jenama, tetapi mereka terbabit dalam keseluruhan proses daripada reka bentuk produk, pengeluaran dan promosi.

Ketua Pegawai Operasi­nya, Zeileen Yusnita berkata, koleksi kali ini masih mengekalkan sentuhan sopan dan moden dalam siluet tradisional seperti kurung Kedah dan kebaya.

Katanya, setiap busana mempunyai karakter masing-masing dan tanda pengenalan tersendiri dan direka untuk keselesaan menyambut lebaran.

Menurutnya, kebanyakan potongan koleksi kali ini lebih ringkas namun menekankan perincian yang unik, malah trend semasa iaitu ikatan riben, peplum dan sedikit sentuhan mewah disuntik dalam beberapa helaian sedia dipakai (RTW) kali ini.

Fabrik yang digunakan untuk setiap helaian pula terdiri daripada sifon, renda, kain broked, songket, satin bercorak, krep dan kapas linen.

KOLEKSI kanak-kanak turut tersedia mewarnai Aidilfitri. FOTO Faiz Anuar
KOLEKSI kanak-kanak turut tersedia mewarnai Aidilfitri. FOTO Faiz Anuar

“Fokus utama ialah untuk mewujudkan trend fesyen yang mempunyai elemen glamor dan klasik, di samping nilai tambah dari sentuhan peribadi selebriti.

“Kami dapati pelanggan memang menggemari sentuhan peribadi dan cita rasa fesyen selebriti kesayangan mereka ke dalam setiap rekaan.

“Koleksi yang dihasilkan terdiri daripada rekaan terkini untuk kedua-dua lelaki dan wanita, termasuk kanak-kanak bermula dari umur setahun ke atas. Kami anggarkan kira-kira 200,000 pasang busana bakal tersedia untuk koleksi yang boleh dibeli secara dalam talian dan butik.

“Tahun ini, syarikat ini menghasilkan lebih daripada 200 rekaan busana dengan hampir 1,000 pilihan warna dan pelbagai ton untuk memenuhi kehendak gaya dan fesyen masa kini,” katanya.

REKAAN terkini sentuhan selebriti tempatan. FOTO Faiz Anuar
REKAAN terkini sentuhan selebriti tempatan. FOTO Faiz Anuar

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 4:00 AM