MENDIDIK kanak-kanak menggunakan teknologi.
MENDIDIK kanak-kanak menggunakan teknologi.

SELARAS dengan fokus Kementerian Pendidikan terhadap pembelajaran berasaskan teknologi, HP Little Makers menggalakkan kreativiti dalam persekitaran pembelajaran agar lebih ramai kanak-kanak menggunakan teknologi dan menjadikan permainan sebagai asas pembelajaran

Bagi memberi kesedaran dan menggalakkan lebih ramai kanak-kanak mahir teknologi, HP memperkenalkan cabaran HP Little Makers, iaitu satu peluang untuk mereka mencipta semula pembelajaran imersif dengan Mesin Pencetak HP DeskJet Ink Advantage 3700.

Kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun layak menyertai pelbagai cabaran untuk memenangi hadiah istimewa, manakala sekolah pula berpeluang memenangi satu set HP Idea Lab bernilai RM20,000.

Menurut Pengarah Urusan HP Malaysia, Fayza Amin sebagai ibu, dia turut memahami pentingnya pendidikan secara menyeluruh. Pihaknya mahu menunjukkan teknologi dan kreativiti boleh bersatu untuk mendidik generasi muda di rumah dan di sekolah menggunakan teknologi dalam permainan seharian mereka.

Cabaran ini diadakan untuk ibu bapa, guru, pereka muda, pencipta dan pemikir berkongsi ciptaan mereka dengan rakan dan keluarga serta membantu kanak-kanak mencungkil potensi dalaman dan bakat mereka menggunakan pencetak DeskJet HP.

Untuk memulakan cabaran, HP bekerjasama dengan 40 sekolah di seluruh negara yang akan menerima sebuah HP Deskjet Ink Advantage dan peluang memenangi satu set HP Idea Lab, produk HP bernilai RM500.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 5:30 AM