Yusliza Yakimir Abd Talib


Watsons Malaysia membuka tirai 2019 dengan mengadakan kempen #HappyBeautifulYear sempena Tahun Baru Cina yang dilancarkan minggu lalu.

Turut dilancarkan adalah video berjudul Happy Beautiful Year yang dihasilkan dengan jalan cerita kreatif dan lucu serta skor muzik asal yang menarik penonton menyanyi dan menari bersama.

Bertemakan gaya masyarakat Cina Malaysia dan budaya ‘Timur bertemu Barat’ sekitar 1940-an, video berkenaan turut menampilkan selebriti tempatan dan personaliti media sosial popular.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia Caryn Loh berkata, tahun ini makna HappyBeautifulYear dalam Watsons untuk menggalakkan semua orang mengetepikan perbezaan peribadi masa lalu dan menyatukan ikatan satu sama lain untuk permulaan baru semasa perayaan itu.

Katanya, mesej itu juga sejajar dengan nilai Watsons sendiri untuk mempromosikan kecantikan dalaman dan luaran selain inovasi produk yang dijual di setiap kedai sempena perayaan itu.

“Pilihan kesediaan untuk melepaskan perkara lalu adalah salah satu kualiti kecantikan dalaman yang dapat bersinar dari dalam hati setiap orang.

“Kami berharap dengan berkongsi mesej seumpama itu kepada masyarakat, pelanggan yang membeli-belah di Watsons akan merasai pengalaman yang lebih bermakna dan unik bersama yang tersayang,” katanya pada pelancaran kempen itu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh.

Menurut Caryn, Tahun Baru Cina adalah satu daripada kempen penting mereka untuk terus menarik perhatian pelanggan.

Antara selebriti terkenal tempatan yang muncul dalam video itu termasuk Amber Chia, JinnyBoy, Pink Tan, John Tan, Justin, Han Xiiao Aii, Rubini Sambanthan, Eldison Lim dan Gary Hau selain penampilan khas personaliti media sosial Watsons Fasiha, Eva dan Daniel.

CARYN bersama rakan selebriti pada upacara menggaul yee sang. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
CARYN bersama rakan selebriti pada upacara menggaul yee sang. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

Caryn berkata, muzik video berkenaan juga bertujuan mengimbas semula kenangan indah lalu yang menggabungkan nyanyian, tarian dan muzik sekali gus mencetus kepada keseronokan dan lawak jenaka.

Kempen Happy Beautiful Year juga tidak ketinggalan meraikan pelanggan setia Watsons dengan pelbagai tawaran menarik dan menjimatkan.

Untuk tahun ini, hadiah mata ganjaran Watsons bernilai RM888,888 disediakan kepada ahli yang berbelanja RM88 ke atas di kedai dan secara dalam talian. Pada masa sama mereka akan menerima lapan kali mata ganjaran apabila membuat pembayaran menerusi aplikasi Boost.

Ahli Elite Watsons pula peluang memenangi hadiah berupa mangkuk emas premium edisi terhad dengan berbelanja RM188 ke atas.

Pelanggan lain juga boleh menikmati diskaun pembelian sehingga 50 peratus. Pelbagai hadiah menarik juga menanti pembeli yang berbelanja sepanjang Tahun Baru Cina termasuk sampul merah beraneka rekaan dan kupon ganjaran.

Tahun ini juga, Watsons bekerjasama dengan TikTok bagi cabaran tarian dengan peluang merebut hadiah bernilai RM20,000. Untuk menyertai, muat naik video tarian mengikut rentak lagu tema kempen dan sertakan tanda pagar #HappyBeautifulYear pada aplikasi TikTok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 1:21 PM