VITAGEN

Mengapakah perut kita berkeroncong apabila terfikir tentang makanan, atau kita berasa resah di bahagian perut apabila gementar? Manakala perut yang kembung boleh membuatkan kita berasa kurang bersemangat?

Sebenarnya, terdapat hubungkait antara otak dan usus. Dikenali sebagai paksi otak-usus, hubungan dua hala yang rapat ini hasil daripada sistem saraf enterik (enteric nervous system, ENS), koleksi sistem saraf atau neuron yang ditemui dalam usus. Usus kita adalah habitat untuk berjuta mikroorganisma dipanggil mikrobiota usus. Ia memainkan peranan penting dalam kesihatan penghadaman, pencernaan dan sistem imun, malah ia juga mempengaruhi otak.


Probiotik dan otak

Menurut Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali, Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), interaksi dua hala antara otak dan usus melalui paksi otak-usus adalah satu hubungan yang unik. Malah, terdapat juga hubungan antara probiotik dan paksi otak-usus, kerana mikrobiota usus didapati boleh mempengaruhi atau dipengaruhi oleh otak anda.

Kajian menunjukkan bahawa usus menghasilkan pelbagai hormon, neurotransmiter dan faktor imunologi yang boleh ‘berkomunikasi’ dengan otak. Sebarang variasi dalam mikrobiota usus akan memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang seperti keresahan atau gangguan kemurungan.

Satu kajian pada tahun 2015 membuktikan mikrobiota usus berinteraksi dengan sistem saraf utama dengan mengawal kandungan bahan kimia di otak seseorang serta gangguan pada mikrobiota usus boleh dipulihkan dengan pengambilan probiotik . Satu lagi kajian pada tahun 2017 terhadap pesakit yang mengalami gangguan emosi membuktikan pengambilan probiotik berpotensi membantu meningkatkan emosi seseorang . Kajian lain turut menunjukkan stres dan gangguan emosi memberi kesan kepada mikrobiota usus dengan menyebabkan perubahan pada komposisi dan kepelbagaiannya.

“Paksi otak-usus mempunyai ‘sistem komunikasi’ komplek yang membantu usus berfungsi dengan optimum. Untuk berfungsi dalam harmoni, mikrobiota usus yang seimbang dengan 85% bakteria baik dan 15% bakteria tidak baik adalah sangat penting untuk keseimbangan kesihatan usus,” katanya.

Probiotik atau bakteria ‘baik’ berpotensi sebagai rawatan atau pencegahan pelbagai penyakit mental. Buat masa ini, probiotik dibuktikan berfaedah dalam mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus yang sihat, dan yang penting untuk kesihatan penghadaman serta pencernaan yang optimum.


Penyelidikan tempatan menunjukkan faedah kesihatan penghadaman

Merujuk kepada kajian probiotik yang dijalankan oleh PPUKM, Prof Madya Dr Raja Affendi, sebagai Ketua Penyelidik berkata, “Probiotik diambil setiap hari telah membantu menambah baik beberapa aspek kesihatan usus, serta sistem imun dalam subjek tempatan kajian kita.”

Ringkasan keputusan kajian PPUKM:

• 96% subjek kajian melaporkan mengalami simptom sembelit yang berkurangan

• 45% subjek kajian menghabiskan kurang daripada 10 minit di dalam tandas

• 36% subjek kajian kurang mengalami kesukaran semasa membuang air besar

• 31% subjek kajian mempunyai najis yang lebih lembut

• 33% lebih pantas untuk masa transit usus (atau masa makanan dimakan, dihadam dan dikeluarkan sebagai najis) daripada 20-45 jam dan dipercepatkan sebanyak 5-15 jam

• 73% subjek kajian yang menghidap sindrom usus rengsa (IBS) mendapat manfaat untuk sistem imun yang lebih baik, di mana badan kurang menghasilkan bahan kimia pro-radang, lalu mengurangkan keradangan serta menambahbaik sistem imun

Kesihatan usus demi ketenangan minda

Pengambilan makanan kaya probiotik harus menjadi sebahagian daripada pemakanan harian kita. Ini termasuk produk makanan yang ditapai seperti minuman susu berkultur, tempe, kimchi, yogurt buatan sendiri (tairu), dan pulut tapai. “Anda harus sentiasa menambahkan semula bakteria baik di dalam usus demi mengekalkan keseimbangan yang optimum.”

“Buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang yang sepatutnya menjadi sebahagian diet kita, juga mengandungi serat atau prebiotik – iaitu ‘makanan’ untuk probiotik. Makanan berserat turut membantu mengawal pergerakan usus, meningkatkan ketulan najis, dan membantu mengurangkan risiko masalah penghadaman,” nasihatnya.

Sebagai pakar perubatan dan juga penyelidik, kami berpendapat masih banyak yang boleh dilakukan untuk meneroka dan menyelidik peranan probiotik dengan aspek kesihatan lain, termasuklah kesihatan emosi dan mental kita yang mungkin membawa kepada penemuan yang terbaru pada masa akan datang. Ini penting kerana kesihatan mental menjadi satu kebimbangan di seluruh dunia dan juga di sini. Ia satu perkara yang baik untuk mengkaji bagaimana probiotik, berserta gaya hidup sihat, dapat memberi faedah kepada kesihatan mental kita,” katanya.

Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali ialah Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Beliau tidak berkaitan dengan, dan tidak menyokong sebarang jenama atau produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-56323301. Artikel ini ihsan PROGRAM PENGHADAMAN SIHAT VITAGEN.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 5:11 PM