Siti Zarinah Sahib

Melakukan tugasan harian di rumah menjadi perkara biasa bagi wanita. Pergerakan fizikal seperti membasuh baju, mengemop lantai, menyapu sampah dan mengelap cermin tingkap antara kerja yang menjadi rutin harian kaum hawa. Tanpa sedar setiap pergerakan membuatkan badan berpeluh dan meninggalkan rasa lenguh selepas selesai melakukannya.

Sebenarnya rasa tegang selepas membuat kerja rumah menandakan badan memberikan reaksi dan tindak balas sama seperti bersenam. Namun untuk mendapatkan kesan diingini seharusnya dilakukan dengan cara yang betul.

Menurut jurulatih kecergasan Bangi Fitness, Nor Haizum Mohamed, ada wanita beranggapan melakukan kerja rumah mampu memberi kesan kepada tubuh dan mengembalikan bentuk badan.

“Anggapan ini ada benar dan tidaknya. Memang betul selepas melakukan kerja rumah seperti mengemop lantai menyebabkan peluh mengalir laju. Namun ia hanya membuatkan badan kembali cergas. Sama ada terdapat kesan seperti pembakaran lemak hanya ditentukan sejauh mana pergerakan fizikal dan kekerapan kerja rumah yang anda lakukan.

“Sekiranya matlamat anda ingin mendapatkan kebaikan seperti mengecilkan bahagian lengan atau pinggul, anda perlu melakukan pergerakan dengan betul dan tepat dan secara berulang-kali,” kata Norhaizum.

Namun begitu walaupun kesannya tidak secara drastik, ia adalah lebih baik daripada langsung tidak melakukan kerja rumah. Walaupun mungkin manfaat kepada tubuh terlalu minimum, anda masih mendapat kebaikan seperti rumah menjadi bersih dan kemas.

Bagaimanapun ada caranya untuk mendapat kedua-dua manfaat ini. Untuk pembaca Hati Harian Metro Norhaizum menunjukkan cara terbaik melakukan kerja rumah sekali gus mendatangkan kebaikan kepada tubuh.

Mengelap lantai

1. SEBOLEH-BOLEHNYA anda berada dalam kedudukan plank sepenuhnya. Pastikan kedudukan tangan lurus di bawah bahu. Sambil memegang tuala pastikan perut dalam keadaan selari. Bernafas seperti biasa. Perlahan-lahan gerakkan tangan yang memegang tuala dan gerakkan kiri dan kanan, bawah dan atas. Tukar sebelah tangan lagi dan lakukan pergerakan yang sama. Kerja rumah ini jika dilakukan dengan cara yang betul mampu menguatkan otot perut dan bahagian atas badan. FOTO Rosela Ismail

2. MASIH berada dalam kedudukan sama tetapi tuala di bawah kaki. Buka kaki sedikit dan perlahan-lahan gerakkan kaki yang bertuala ke kiri dan kanan. Lakukan berulang-kali sehingga anda merasakan tegang pada bahagian kaki. Tukar ke sebelah kaki pula. FOTO Rosela Ismail

Memanjat bukit

1.  MASIH berada dalam kedudukan plank.  Kedua tangan lurus di bawah bahu dengan perut selari kaki dan kepala. Letakkan tuala di hujung kaki seperti dalam gambar.  FOTO Rosela Ismail

2. BERNAFAS seperti biasa, perlahan-lahan gerakkan kaki yang bertuala ke hadapan dan pada masa sama pastikan tuala mampu mengelap bahagian kotor pada lantai. Ulang untuk beberapa kali kemudian tukar pada  kaki sebelah. Kebaikan pergerakan ini mampu menguatkan otot perut, kaki dan keseluruhan badan. FOTO Rosela Ismail

Mengemop lantai

1. PEGANG batang penyapu dengan kedua-dua tangan, kemudian bengkokkan satu kaki manakala satu kaki lagi lurus  seperti dalam gambar. Gerak ke belakang kemudian ke hadapan pastikan anda menjaga pernafasan. Tukar pada kaki satu lagi. Ulang beberapa kali sambil mengemop lantai. Kebaikan senaman ini mampu menguatkan otot pinggul dan otot kaki. FOTO Rosela Ismail

2. BERDIRI tegak pegang pengemop dengan kedua-dua tangan. Perlahan-lahan bawa satu kaki ke belakang dan bengkokkan seperti dalam gambar. Kaki hadapan juga dibengkokkan sedikit dan berada dalam 90 darjah. Pada masa sama anda boleh melakukan pergerakan mengemop lantai ke hadapan dan ke belakang. Kemudian ulang beberapa kali sehingga merasai ketegangan pada otot kaki, pinggul dan bawah badan. Selepas selesai pergerakan ini tukar kaki dan lakukan pergerakan sama. FOTO Rosela Ismail

3. BERDIRI tegak sambil memegang batang pengemop dengan kedua-dua tangan. Buka sedikit kaki selari dengan bahu. Perlahan-lahan turunkan pinggul ke bawah seperti dalam gambar. Tarik nafas ketika  turun dan hembus nafas ketika pergerakan menaik. Perlahan-lahan kembali  ke posisi awal. Ulang untuk beberapa kali sambil anda tidak lupa mengemop dengan bersungguh-sungguh. FOTO Rosela Ismail

Tuala pengelap

1.  BERDIRI tegak sambil tangan memegang hujung tuala. Perlahan-lahan tolak kedua-dua tangan  ke atas. Bernafas dengan cara yang betul. Tarik nafas dan hembus dan buat ulangan beberapa kali. FOTO Rosela Ismail

Lap cermin atau dinding

1. BERDIRI tegak sambil satu tangan memegang tuala menghala ke atas. Kemudian perlahan-lahan turunkan tangan dan naikkan ke atas dan ke bawah sambil mengelap cermin atau dinding berulang kali. Senaman ini mampu menguatkan otot tangan, bahu, dada dan bahagian atas badan. FOTO Rosela Ismail

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 1:17 PM