CANTIK dan unik.
CANTIK dan unik.
Siti Nadirah Hafidzin

Siapa yang tidak suka menerima hadiah terutama apabila ia diberikan insan tersayang. Mahal atau murah, besar atau kecil bukan menjadi ukuran asalkan pemberian itu diberikan secara ikhlas sekali gus merapatkan hubungan terbina sama ada sesama pasangan, sahabat mahupun kenalan.

Selain membeli, hadiah atau kotak hadiah juga boleh disediakan sendiri menggunakan kreativiti masing-masing. Mungkin ada yang beranggapan menggubah itu adalah satu perkara yang susah dan rumit, namun jika kena caranya, menyediakan kotak hadiah sendiri boleh dilakukan dengan mudah dan tentu saja menjimatkan.

Lebih manis, penyediaan kotak hadiah yang disediakan sendiri boleh menyuntik elemen ‘kemesraan’ dan ‘keikhlasan’ sekali gus mempunyai nilainya tersendiri buat pemberi juga penerima.

Kotak hadiah boleh disediakan mengikut cita rasa sendiri, saiznya juga boleh ditentukan mengikut jenis hadiah yang ingin diisi di dalamnya.

Untuk mencipta kelainan selain menyerlahkan lagi nilai ekslusif kotak hadiah itu, anda boleh menukar jenis pembalut yang biasa digunakan kepada fabrik songket supaya hasilnya lebih cantik.

Selain ekslusif, menyediakan kotak hadiah sendiri tentu saja akan membuatkan si penerima terharu dan menghargai usaha dan kesungguhan anda dalam menyediakan kotak hadiah istimewa itu.

Berkongsi langkah demi langkah dalam menyediakan kotak hadiah songket, pengusaha barangan kraf berasaskan songket Suhana Md Zain berkata, fabrik songket boleh digunakan sebagai pembalut bahagian luar kotak hadiah bagi menyerlahkan lagi kotak disediakan.

Suhana berkata, proses penyediaan kotak hadiah tidak mengambil masa lama dan sesiapa saja boleh melakukannya asalkan mengikut langkah tepat.

“Kos juga tidaklah terlalu mahal, cuma harga songket yang sedikit tinggi, namun ia terpulang kepada individu itu sendiri sama ada mahu menggunakan songket atau fabrik lain.

“Jika mahu mengurangkan kos, boleh juga gunakan pembalut hadiah asalkan kertas itu agak tebal bagi mengelak risiko terkoyak,” katanya.

Menurut Suhana, sekiranya tidak mempunyai idea, boleh juga dapatkan maklumat atau langkah pembuatannya daripada Internet, majalah atau akhbar.

Menggunakan kertas kotak, fabrik kapas, fabrik songket, gam, pisau dan papan serpih, Suhana berkongsi langkah demi langkah menyediakan kotak hadiah songket.

1. UKUR kertas kotak bersaiz tiga inci di atas papan serpih, kemudian potong untuk bahagian bawah dan penutup kotak.
1. UKUR kertas kotak bersaiz tiga inci di atas papan serpih, kemudian potong untuk bahagian bawah dan penutup kotak.

2. LIPAT kotak menggunakan pita pelekat kecil.
2. LIPAT kotak menggunakan pita pelekat kecil.

3. UKUR kain kapas untuk membalut bahagian bawah kotak kemudian balut.
3. UKUR kain kapas untuk membalut bahagian bawah kotak kemudian balut.

4. UKUR kain songket untuk membalut bahagian penutup kotak dan balut.
4. UKUR kain songket untuk membalut bahagian penutup kotak dan balut.

5. SELESAI membalut bahagian penutup dan bawah kotak, lekatkan kain kapas di bahagian dalam kotak menggunakan apa saja jenis fabrik bagi mengemaskan lagi kotak.
5. SELESAI membalut bahagian penutup dan bawah kotak, lekatkan kain kapas di bahagian dalam kotak menggunakan apa saja jenis fabrik bagi mengemaskan lagi kotak.

6. KOTAK akan kelihatan kemas selepas semua bahagian dibalut dengan cantik.
6. KOTAK akan kelihatan kemas selepas semua bahagian dibalut dengan cantik.

7. KOTAK hadiah songket selepas siap dikeringkan.
7. KOTAK hadiah songket selepas siap dikeringkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 November 2018 @ 10:05 PM