PUPUR bibir siap untuk digunakan
PUPUR bibir siap untuk digunakan
Yusliza Yakimir Abd Talib

Daripada keseluruhan anggota tubuh kita, kulit wajah selalunya yang paling dititikberatkan.

Bagaimana pula dengan bibir? Boleh dikatakan, selagi tiada masalah serius, selagi itulah kita tidak memberikan penjagaan sewajarnya buat anggota itu.

Malah ada antara kita yang tidak pernah melakukan perawatan bibir kerana tumpuan biasanya lebih diberikan terhadap kulit wajah.

Apa kata, bermula hari ini kita melakukan rutin perawatan bibir dengan pupur. Tidak perlu ke spa atau pusat kecantikan kerana bahan penyediaan pupur untuk bibir sangat mudah dan boleh dilakukan di rumah.

Menjaga bibir agar kekal kemerahan dan cantik boleh dilakukan hanya dengan pupur. Tekstur seperti berpasir juga menjadi penyelesaian untuk kulit bibir bermasalah.

Fungsi pupur pada bibir sebenarnya sama dengan fungsi bahan itu pada tubuh. Krim berpasir ini jika digosok perlahan pada bibir akan mengelupaskan lapisan luar bibir anda.

Biasanya pupur bibir akan dibuat manis agar terasa selesa dan tiada masalah jika tertelan kerana semua bahan yang digunakan pun selamat dan daripada sumber makanan.

Antara kelebihan menggunakan pupur bibir adalah kulit mati di sekitar bibir akan terkeluar hingga lapisan keras pada bibir hilang digantikan dengan lapisan baru yang terasa lembut, halus dan kenyal.

Jika anda memakai gincu matte, rekahan pada bibir akan sedikit terlindung manakala yang tinggal hanya garis halus.

Kosmetik bibir seperti gincu, penggaris dan pengilat bibir yang dipakai juga akan tahan lama. Selepas melakukan pupur, bibir akan terasa lebih lembap dan dapat menyerap kelembapan lebih lama.

Berapa kerap perlu disapu pupur bibir ini? Sama seperti pupur wajah, satu atau dua kali seminggu sudah memadai.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, pupur bibir apa yang sesuai untuk dibuat sendiri? Sebenarnya, anda boleh membuat pupur bibir daripada bahan semula jadi yang boleh ditemui dengan mudah atau sering digunakan untuk memasak seperti gula dan minyak zaitun.

Madu juga boleh menjadi bahan utama dalam perawatan pupur bibir kerana khasiatnya untuk mencantikkan kulit memang tidak dapat disangkal.

Ketahui cara mudah membuat pupur bibir menggunakan bahan semula jadi dan mampu bertahan sehingga dua atau tiga bulan pada suhu bilik.

Bahan pupur

• 1 sudu besar gula pasir

• 1 sudu madu

• 1 sudu minyak zaitun

• Sedikit perahan lemon (setengah biji)

SEDIAKAN semua bahan.
SEDIAKAN semua bahan.

Langkah-langkah

1. DALAM satu mangkuk kecil, masukkan gula pasir.
1. DALAM satu mangkuk kecil, masukkan gula pasir.

2. CAMPURKAN madu.
2. CAMPURKAN madu.

3. GAULKAN sebati hingga bancuhan membentuk pes.
3. GAULKAN sebati hingga bancuhan membentuk pes.

4. KEMUDIAN masukkan minyak zaitun dan gaul hingga sebati.
4. KEMUDIAN masukkan minyak zaitun dan gaul hingga sebati.

5. PERAHKAN lemon ke dalam bancuhan.
5. PERAHKAN lemon ke dalam bancuhan.

6. MASUKKAN adunan ke dalam bekas kedap udara dan ia sedia digunakan.
6. MASUKKAN adunan ke dalam bekas kedap udara dan ia sedia digunakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 November 2018 @ 2:28 PM