DARI kanan, Cooper, Drapeau, Truett dan Keith melancarkan minuman botani terbaru daripada Jeunesse.
DARI kanan, Cooper, Drapeau, Truett dan Keith melancarkan minuman botani terbaru daripada Jeunesse.
Zaitie Satibi

Christian Drapeau adalah perintis dalam penyelidikan sel induk dan mencapai pengiktirafan global untuk penumpuan nutraseutikal beliau dalam bidang perubatan regeneratif dan kesejahteraan.

Sejak 1995, Drapeau menyelidik kesan botani akuatik Aphanizomenon flos-aquae (AFA) dalam badan dengan kerjasama pelbagai universiti dan pusat penyelidikan (McGill University, Harvard Medical School, University of New Mexico, University of Mississippi, dan Natural Immune System, Inc), beliau dan Dr Gitte Jensen menemui kesan AFA pada sel stem dan mempelopori konsep baru ‘Endogenous Stem Cell Mobilization.’ Konsep terperinci ini didapati dalam buku terlarisnya ‘Cracking the Cell Stem Code’, serta beberapa penerbitan saintifik.

Drapeau berbicara penyelidikan beliau dalam AFA dan memerhatikan pengambilan AFA membawa kepada manfaat yang menyentuh banyak aspek kesihatan dalam sidang media di pejabat Jeunesse Global Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden Jeunesse Global Asia Pasifik & Afrika Roy Truett, Pengarah Jeunesse Global Wilayah Asia Pasifik & Afrika, Chris Cooper dan Pengurus Besar Jeunesse Global Malaysia, Keith Tang.

Katanya, sel stem adalah sel induk yang mempunyai potensi untuk menjadi apa saja sel dalam tubuh manusia. Ini kerana ciri utama sel stem yang berkeupayaan untuk memperbaharui diri sendiri dan berkembang menjadi sel lain sekali gus menggantikan sel yang musnah dan rosak setiap hari.

“Sel stem dalam tubuh manusia mempunyai potensi yang luar biasa untuk berkembang menjadi pelbagai sel yang berbeza pada awal kehidupan dan pertumbuhannya. Ketika sel stem membahagi, setiap sel baru mempunyai potensi untuk menjadi sel jenis lain dengan fungsi lebih khusus seperti sel otot, sel darah merah, sel otak atau sel jantung.

Disebabkan keupayan sel stem yang boleh membina tisu bila dan di mana diperlukan dalam tubuh kita, ia dianggap sebagai sistem pemulihan dalaman yang membahagi tanpa batas selama seseorang itu masih hidup,” katanya.

Sumber sel stem terbesar adalah dari sum- sum tulang dan ia akan bergerak ke seluruh tubuh untuk menggantikan apa saja sel, tisu atau organ yang rosak. Oleh itu, sel stem juga menjadi kunci kepada pemulihan sebarang kemerosotan kesihatan seseorang. Drapeau berkata, penghasilan sel stem oleh sum-sum tulang semakin menurun selepas usia 30 tahun menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit dan RevitaBlu adalah campuran minuman yang dirumus untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel stem oleh sum-sum tulang.

“Pemulihan sel yang merosot dan rosak dilakukan oleh sel stem dan jika kadar kemerosotan lebih cepat daripada kadar pemulihan, seseorang dianggap mengalami keadaan tidak sihat. Namun, jika kadar keupayaan sistem kesihatan seseorang untuk membina semula sel lebih cepat daripada kemerosotan, dia akan mengalami keadaan sihat.

“Setiap hari sel kita yang mati akan segera diganti oleh sel stem. Proses pemulihan tubuh manusia ini adalah unik kerana ia menggalakkan pembinaan semula sel, tisu dan organ secara semula jadi.

“Oleh itu, jika tubuh kita mempunyai lebih banyak sel stem, lebih cepat proses pemulihan berjalan dan kita akan menjadi lebih sihat. Tetapi, agak sukar untuk mengekalkan pengeluaran sel stem berikutan ia berkurangan seiring dengan peningkatan usia,” katanya.

MINUMAN campuran botani yang menyegarkan dengan cita rasa yang hebat setanding dengan keberkesanannya.
MINUMAN campuran botani yang menyegarkan dengan cita rasa yang hebat setanding dengan keberkesanannya.

Katanya, penyelidik menemui komponen yang kuat daripada sumber tumbuhan yang boleh meningkatkan pengeluaran sel stem daripada sum sum tulang iaitu AFA yang juga satu-satunya tumbuhan di dunia yang dibuktikan secara klinikal mampu meningkatkan pengeluaran sel stem daripada tulang sum-sum secara semula jadi.

“Seperti kita maklum, keupayaan pemulihan sel stem berkurang apabila usia meningkat dan lebih terdedah kepada tekanan oksidatif yang menyebabkan tubuh menjadi kurang mampu memulihkan diri sendiri,” katanya.

Selain AFA, Drapeau menemui komponen iaitu buah beri sea buckthorn mengandungi 190 nutrien berlainan termasuk antioksidan berkepekatan tinggi dan asid lemak terutama omega-7. Pokok beri ini tumbuh di kawasan beraltitud tinggi dan mampu bertoleransi dengan persekitaran ekstrem.

“Buah beri sea buckthorn yang diperoleh dari kawasan tinggi Tibet digunakan secara tradisional sejak dahulu lagi untuk penyembuhan penyakit, kecantikan kulit dan kesihatan keseluruhan.

“Turut digelar pohon ajaib dan buah suci kerana khasiatnya yang tinggi terutama untuk awet muda. Nama botaninya Hippophae rhamnoides dalam bahasa Greek yang bermaksud kuda bersinar berikutan pada zaman dahulu buah beri ini diberi kepada kuda untuk menambah kekuatan haiwan itu dan mencantikkan kulit dan bulunya,” katanya.

Sementara itu, Truett berkata, Jeunesse Global yang berada di pasaran Malaysia sejak tujuh tahun lalu dengan produk yang diperkaya dengan jus buah-buahan eksotik yang dimaniskan secara semula jadi iaitu RESERVE. Selain itu, Jeunesse Global juga mengeluarkan produk berinovasi tinggi seperti rangkaian penjagaan kulit Luminesce dan rangkaian bedak asas BB Mist NV.

Akhir-akhir ini, Jeunesse Global memperkenalkan campuran botani minuman menyegarkan terbaru iaitu RevitaBlu yang diformulasikan daripada AFA, buah beri sea buckthorn, lidah buaya dan serbuk air kelapa yang pertama di rantau Asia.

Jeunesse memegang pangkat ke-18 dalam senarai Direct Selling News Global 100 adalah kedudukan paling berprestij bagi syarikat jualan langsung di dunia.

“Kami meletakkan piawaian yang tinggi untuk kecemerlangan dalam semua aspek dalam produk, perniagaan dan daripada operasi, teknologi kepada pemasaran dan komunikasi.

“Oleh itu, kami bersemangat untuk mendefinisikan semula keremajaan melalui produk yang direvolusi dan peluang yang mengubah hidup.

“Rangkaian produk kami juga dikenali sebagai Youth Enhancement System (Y.E.S.) yang dibangunkan untuk menggabungkan manfaat produk apabila RevitaBlu boleh diguna bersama Reserve untuk mendapatkan kesan yang lebih baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 1:36 PM