LAZAT dan menyelerakan.
LAZAT dan menyelerakan.

Yusliza Yakimir Abd Talib

Hidangan sahur yang berkhasiat sangat penting bagi memastikan kita kekal bertenaga sepanjang hari dari waktu sahur sehinggalah berbuka puasa.

Oat antara sajian yang mengenyangkan kerana mengandungi 9.4 gram (g) serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum.

Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikannya ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.

Oat dianggap sebagai bijirin ‘super’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan.

Sehubungan itu, jenama Quaker Oats membantu memberikan penyelesaian terbaik menerusi satu hidangan oat berjumlah 40g yang mampu membantu mengurangkan rasa lapar sehingga 4 jam.

Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan beta-glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik, Alexia Horley berkata, pihaknya percaya sarapan adalah waktu makan yang paling penting.

”Lebih-lebih lagi apabila tiba Ramadan, ramai orang sukar menyediakan hidangan yang berkhasiat kerana perlu mengejar masa untuk bersahur, kemudian bergegas ke sekolah atau ke pejabat.

”Ramadan ini, nikmatilah oat yang dapat membantu membekalkan tenaga. Pelanggan boleh mencuba resipi sahur yang berkhasiat serta hidangan raya oleh cef selebriti Malaysia, Anis Nabilah,” katanya.

Bagi yang mahu mendapatkan kebaikan oat, boleh mencuba resipi bubur lambuk yang enak serta berkhasiat.

Bubur Lambuk Quaker Oats

Bahan:

- 300g beras, dibasuh dan dikeringkan

- 150g keledek, dipotong dadu

- 100g Quaker Quick Cook Oatmeal

- 8 ulas bawang, dihiris

- 6 ulas bawang putih, dihiris

- 4 sentimeter halia, dihiris nipis

- 50g udang kering

- 300g daging lembu, dihiris nipis

- 2 liter air

- 200g santan

3 sudu besar sos ikan

- 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar

- 80g daun sirih, dihiris nipis

- 80g daun basil, dihiris nipis

- 80g pucuk paku, gunakan pucuk saja

- 80g basil thai, gunakan daun saja

- Garam secukup rasa

Hiasan:

- 6 cili merah, dihiris

- 30g ketumbar, dihiris nipis

- 50g bawang goreng

Cara memasak:

1. Panaskan 4 sudu minyak sayuran. Goreng halia, bawang, bawang putih dan udang kering sehingga harum.

2. Tambah air, beras, oat, keledek dan daging lembu. Masak sehingga air mendidih dan kurangkan haba. Biarkan mereneh selama 20 hingga 25 minit. Kacau campuran sekali-sekala.

3. Tambah santan, sos ikan, lada hitam, garam, daun sirih, pucuk paku dan basil. Masak sehingga campuran mendidih.

4. Hiaskan dengan ketumbar, cili merah dan bawang goreng sebelum disajikan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mei 2018 @ 10:47 AM