HM Digital

Hari Asma Dunia jatuh pada Selasa pertama Mei setiap tahun. Ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Global Initiative for Asthma (GINA) untuk meningkatkan kesedaran asma di seluruh dunia. GINA berfungsi untuk memperbaiki kehidupan orang yang mengalami asma melalui aktiviti untuk mendidik mereka.

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan dehitan, kesesakan dada, kesesakan pernafasan dan batuk pada waktu malam atau awal pagi. Gejala-gejala asma akan berlaku apabila benda asing atau alergen menceroboh sistem pernafasan atau sistem imun kita.

Secara am, punca asma tidak diketahui, bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa asma dan alahan boleh disebabkan oleh tindak balas sistem imun yang lemah dan tidak terkawal.

Kajian klinikal menunjukkan bahawa penghidap asma menghasilkan jumlah leukotrienes yang berlebihan. Leukotrienes adalah agen radang yang mencetuskan gejala-gejala asma dan punca utama keradangan dalam asma dan alahan. Dengan ini, ia adalah penting untuk mengurangkan dan mengawal tahap leukotrienes di dalam pengurusan penyakit asma dan alahan.

Sejak 20 tahun yang lalu, sekumpulan penyelidik perubatan diiringi oleh Dr Chilton dari Wake Forest University, School of Medicine menjalankan kajian khusus mengenali peranan asid lemak

yang menyebabkan penyakit berkaitan keradangan di dalam badan manusia. Daripada kajian klinikal, penyelidik mendapati pengambilan asid lemak gamma-linolenik asid (GLA) dan asid eicosapentaenoic (EPA) di dalam nisbah yang tertentu di dalam bentuk emulsi dapat menghalang biosintesis leukotriene.

Penghalangan produksi lebihan leukotriene akan dapat mengawal dan mengurangkan gejala asma.

Tema GINA 2018 adalah ‘Ia Tidak Terlalu Awal, Ia Tidak Terlalu Lambat’ dan ini adalah masa yang tepat untuk mengenali masalah penyakit pernafasan supaya anda sama ada penghidap atau keluarga boleh menjalani kehidupan selesa dan gembira bersama-sama!

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 2:27 AM