KEMBUNG perut, sakit perut dengan cirit birit atau sembelit mengganggu aktiviti seharian.
KEMBUNG perut, sakit perut dengan cirit birit atau sembelit mengganggu aktiviti seharian.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Bayangkan bangun dengan sakit perut, kembung, distensi, kembung perut, sembelit atau cirit-birit yang berterusan sepanjang hari.

Tambah teruk apabila ia terus berlaku pada keesokan hari dan seterusnya, tanpa tanda berkurangan. Ini memalukan dan membuatkan anda cemas dan tertekan.

Masalah kembung perut berterusan membina imej badan yang buruk dan mengubah keseluruhan gaya hidup anda.

Anda tidak dapat pergi ke sekolah atau bekerja dan terlepas perkembangan akademik atau kerja penting yang menyebabkan anda tertinggal di belakang.

Selain itu, anda tidak boleh menikmati makanan seperti biasa, takut ada makanan tertentu akan menjadi punca kembung antaranya aiskrim, susu, rempah atau kentang goreng, ketegangan dan kembung perut serta perubahan pada najis.

Kualiti kehidupan pula merosot ke bawah lingkaran biasa kerana anda kehilangan kawalan hidup yang pernah ada dan mungkin memerlukan ubat yang kuat seperti antidepresan dengan potensi kesan sampingan.

Namun anda tidak berseorangan. Lebih 800 juta orang menderita seperti anda dengan keadaan yang dikenali sebagai sindrom rengsa usus (IBS).

Sindrom pencernaan ini didiagnosis mengikut kriteria Rome III sebagai sakit perut atau ketidakselesaan yang berulang (sensasi tidak selesa yang tidak digambarkan sebagai sakit) selama sekurang-kurangnya tiga hari dalam sebulan dalam tiga bulan terakhir.

Terdapat tiga jenis IBS yang wujud iaitu IBS-C (IBS dengan sembelit), IBS-D (IBS dengan cirit-birit) dan IBS-M (IBS dengan sembelit bercampur dan cirit-birit).

Gejala lain IBS termasuk rasa mual, kehilangan kawalan usus, rasa ingin ke tandas secara tiba-tiba dan hilang kawalan membuang najis.

IBS boleh menjejaskan sesiapa saja dan sehingga 21 peratus orang dewasa di kawasan tertentu. Lebih ramai wanita (70 peratus) daripada lelaki (30 peratus) menderita IBS dan semua peringkat umur terkesan, daripada remaja hingga warga emas.

Bagaimanapun, IBS paling biasa dijumpai dalam kumpulan umur 30 ke 50 tahun. Ramai orang tidak sedar keadaan ini, dengan hanya 30 peratus pesakit yang berunding dengan doktor mengenai masalah ini.

Terdapat banyak ubat yang berbeza di pasaran, tetapi hanya lapan peratus pesakit yang berpuas hati dengan ubat mereka.

Sindrom ini menjejaskan pesakit secara fizikal dan psikologi, merosakkan keupayaan pesakit untuk berfungsi secara emosi, sosial dan profesional.

IBS berlaku di seluruh dunia dan purata 15.6 peratus rakyat Malaysia menderita IBS, dengan bilangan penghidap yang paling tinggi iaitu lebih daripada 20 peratus berbanding negara lain contohnya Amerika Syarikat (AS).

Kos global yang ditanggung untuk pesakit IBS dianggarkan lebih RM81 bilion (USD 21 bilion), termasuk kos perubatan langsung (lawatan doktor, ujian penyiasatan, ubat) dan kos tidak langsung (kehilangan produktiviti, ketidakhadiran kerja).

Baru-baru ini Prime ProGIGuard memperkenal rumusan probiotik berasaskan yis yang terbukti secara saintifik untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan perut.

Keputusan hasil saintifik dan klinikal menyokong penggunaan Saccharomyces Cerevisiae CNCM I-3856 dalam bantuan simptom perut seperti rasa sakit dan ketidakselesaan umum.

DESREUMAUX (dua dari kanan) bersama Pengurus Besar Cambert (M) Sdn Bhd SL Ho (tiga dari kanan) ketika pelancaran produk probiotik yis.
DESREUMAUX (dua dari kanan) bersama Pengurus Besar Cambert (M) Sdn Bhd SL Ho (tiga dari kanan) ketika pelancaran produk probiotik yis.

Ketua Unit Penyelidikan Penyakit Pencernaan Inflamatori di Lille University Perancis Prof Pierre Desreumaux yang hadir pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, salah satu cara untuk memerangi IBS adalah dengan pengambilan probiotik, produk yang sedia ada di pasaran.

Katanya, probiotik yis dapat menyingkirkan bakteria buruk dan yis tidak baik, terutamanya Candida berbahaya yang boleh memasuki aliran darah.

Sementara itu, produk pribiotik yis itu terbukti secara klinikal untuk melegakan gejala gastrousus dan sesuai untuk mereka yang menderita gangguan pencernaan, keracunan makanan, alahan makanan atau intoleransi makanan, sembelit, cirit-birit, angin dan kembung, makan berlebihan, keresahan, kemurungan, rengsa perut mahupun senggugut.

Kajian juga menunjukkan bahawa penghidap kesakitan dan ketidakselesaan gastrousus akan berkurangan secara ketara daripada minggu pertama penggunaan dan paling jelas dalam tempoh dua minggu pertama atau 15 hari penggunaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mei 2018 @ 2:52 PM