SHAZREN mengasaskan minyak terapi bayi bersama suaminya.
SHAZREN mengasaskan minyak terapi bayi bersama suaminya.
Siti Nadirah Hafidzin

Pengalaman memiliki anak yang sering batuk, selesema, demam dan pada masa sama turut mengalami kerosakan usus akibat sering mengambil ubat sawan membuatkan pasangan suami isteri ini berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini.

Demi kesihatan anak tersayang, Shazren Shah, 34, dan suami, Nawawi Ibrahim, 35, tidak berputus asa dan tekad mencari formula terbaik sehingga akhirnya berjaya menghasilkan minyak terapi bayi yang bukan saja selamat malah berkesan dalam membantu menangani masalah kesihatan yang sering dialami kanak-kanak.

Menurut Shazren, minyak terapi Narivar tidak perlu diambil secara oral, sebaliknya hanya perlu dititis ke tapak tangan untuk urutan pada tapak kaki bayi, dada, belakang tubuh dan perut.

"Minyak aromaterapi ini dihasilkan daripada pati tumbuhan eksotik dan dirumus secara khusus untuk bayi berusia dua tahun ke bawah. Produk ini diperbuat daripada minyak pati asli lavender, lemon dan pudina, lebih istimewa ia turut mengandungi gam arab atau Boswellia carteri yang mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan.

"Semua bahan yang terkandung dalam minyak aromaterapi ini 100 peratus semula jadi dan bebas bahan kimia. Kami gunakan minyak zaitun asli sebagai minyak asas supaya ia mudah menyerap pada kulit dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia," katanya.

Tambah Shazren, pati minyak bunga eksotik lavender dipilih dalam ramuan produk kerana bersifat antibakteria dan antiinflamasi yang tinggi.

"Syukur, ramuan minyak ini berkesan untuk anak sulung saya yang ketika itu berusia empat tahun, dia juga semakin sihat dan menunjukkan perkembangan kesihatan positif sehinggakan ramai kenalan bertanya kaedah rawatan yang saya gunakan.

"Atas sebab itu juga, saya dan suami tekad membantu bayi dan kanak-kanak lain yang turut mengalami pelbagai masalah kesihatan terutama batuk, selesema dan demam. Minyak ini juga menjalani tujuh kali ujian makmal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan melepasi Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk memastikan tahap keselamatannya," ujarnya.

Shazren berkata, konsep yang digunakan lain daripada lain kerana pihaknya bukan sekadar menjual produk minyak terapi semata-mata malah turut mengajar teknik urutan dan terapi sentuhan yang sesuai digunakan ke atas bayi dan kanak-kanak ketika menggunakan produk ini.

PASANGAN suami isteri yang giat membantu ibu bapa dalam menangani masalah kesihatan anak-anak.
PASANGAN suami isteri yang giat membantu ibu bapa dalam menangani masalah kesihatan anak-anak.

"Pada mulanya kami mengeluarkan minyak terapi Flutherapy (FT) khusus untuk menangani demam, batuk dan selsema yang disusuli produk terbaru iaitu Tummytherapy (TT) untuk kelegaan kembung perut serta sembelit dan Sleeptherapy (ST) bagi menyelesaikan masalah anak sukar tidur malam.

"Produk ini dijual pada harga RM59 untuk sebotol dan RM159 untuk tiga botol. Kami amat gembira dengan sambutan diterima dan berharap lebih ramai lagi ibu bapa serta anak-anak yang memperoleh manfaat daripada penggunaan minyak terapi ini," katanya.

Mahu perluaskan manfaat

Shazren menambah, selain membantu ibu bapa dalam menangani masalah kesihatan, pihaknya turut membuka peluang kepada setiap individu yang mahu menjadi wakil jualan.

"Kini kami mempunyai hampir 400 ejen dan stokis di seluruh negara yang berfungsi sebagai wakil jualan. Kami menjanjikan pelbagai ganjaran menarik seperti pakej percutian hebat buat wakil jualan yang mencapai sasaran sebagai penghargaan.

"Kami juga berusaha membantu menjana pendapatan bulanan setiap wakil jualan terutama suri rumah yang mahu menambah pendapatan diri dan membantu suami," katanya.

Tambahnya, dia menyasarkan untuk menambah jumlah wakil jualan bagi memastikan manfaat Narinar dapat diperluaskan.

"Seperti yang saya katakan tadi, kami bukan semata-mata menjual produk kerana apa yang lebih utama adalah terapi sentuhan yang diajar secara sistematik khusus kepada ibu bapa atau penjaga.

"Terapi sentuhan ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan bayi sekali gus membantu melegakan masalah kesihatan dialami," ujarnya.

Terapi sentuhan itu boleh dipelajari dengan log masuk ke laman webnya di www.narinar.com selepas mendapatkan produk.

MEMBAWA wakil jualan terpilih melancong ke tempat menarik.
MEMBAWA wakil jualan terpilih melancong ke tempat menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018 @ 3:44 PM