BAHAN yang diperlukan.
BAHAN yang diperlukan.
MASUKKAN semua bahan ke dalam mangkuk. Sementara itu, panaskan ketuhar ke suhu 180 darjah Celsius.
MASUKKAN semua bahan ke dalam mangkuk. Sementara itu, panaskan ketuhar ke suhu 180 darjah Celsius.
GAULKAN bahan hingga sebati.
GAULKAN bahan hingga sebati.
SAPUKAN satu sudu besar minyak zaitun pada bekas membakar. Sementara itu, bentukkan bahan adunan menjadi bebola dan susunkan ke dalam bekas membakar. Bakar selama 20 minit.
SAPUKAN satu sudu besar minyak zaitun pada bekas membakar. Sementara itu, bentukkan bahan adunan menjadi bebola dan susunkan ke dalam bekas membakar. Bakar selama 20 minit.
BEBOLA ayam sayur siap dihidang dan enak dinikmati ketika masih panas.
BEBOLA ayam sayur siap dihidang dan enak dinikmati ketika masih panas.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Satu hidangan lengkap boleh dilihat sebagai lambang cinta. Jika diimbas kembali, kebanyakan makanan terbaik disediakan seorang ibu pasti dimasak dengan kasih sayang dan kerja keras.

Hari ini, ramai wanita terpaksa mengimbangi masa yang panjang di tempat kerja dan menguruskan rumah tangga. Jadi memasak hidangan sihat untuk keluarga menjadi sesuatu yang sangat berharga.

Di sini terletaknya tanggungjawab ibu menyediakan hidangan sihat yang menyelerakan dan menarik, lebih-lebih lagi untuk anak kecil agar mereka dapat menikmati makanan berkhasiat setiap kali tiba masa makan.

Melalui ilmu masakan daripada buku, bahan bacaan lain mahupun Internet, ibu mampu menyediakan makanan seimbang biarpun kala anak mereka mahukan snek dengan mencipta resipi unik tetapi menyelerakan.

Semua orang menyedari bahawa makanan boleh menjadi penawar atau racun kepada kesihatan, bergantung kepada jenis dan amalan pemakanan setiap orang.

Bagi mereka yang mahu mengubah gaya pemakanan tetapi tidak sanggup ‘menggadaikan’ rasa dalam hidangan, pelbagai resipi sihat boleh dicuba.

Antara hidangan sihat yang boleh dicuba adalah bebola ayam sayur yang tetap menyelerakan biarpun ia dibuat dengan menggunakan bahan yang mudah.

Resipi berkenaan tidak semestinya diikuti 100 peratus tetapi boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa anak dan seisi keluarga.

Bagi ibu yang sibuk, resipi ini juga boleh dibuat awal dan kemudian disejuk beku sebelum dipanaskan semula untuk dinikmati. Pasti menyenangkan dan mudah buat kaum ibu, bukan?

Tambahan pula, resipi ini turut dicampur bahan berkhasiat lain seperti oat. Oat adalah sumber karbohidrat yang kaya dengan serat dan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama selain baik untuk jantung.

Makanan berkarbohidrat rendah ini juga sesuai untuk makan malam, jadi resipi ini juga sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.

Zuraima Mohd Ismail bermurah hati berkongsi resipi bebola ayam sayur yang istimewa ini. Adunan yang disediakan membolehkan anda membuat 20 biji bebola saiz sederhana. Daun sup boleh digantikan dengan daun ketumbar atau bayam (dicincang). Jika mahu pedas, boleh masukkan cili api yang dipotong halus.

Bahan:

- 400 gram (g) isi ayam bahagian dada (dicincang)

- 70g oat (dikisar halus)

- 2 sudu serbuk oregano

- 1 biji lobak merah (besar) atau 2 biji lobak merah (sederhana), diparut

- 1 genggam daun sup (dicincang)

- 1 biji telur (saiz B)

- Garam dan lada hitam secukup rasa

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2018 @ 12:49 PM