SKII

Sempena musim perayaan ini, jenama penjagaan kulit berprestij SK-II bakal melancarkan botol edisi terhad terbaharunya, SK-II Facial Treatment Essence - Change Destiny Limited Edition untuk meraikan kebebasan dan citarasa peribadi wanita masa kini.

Produk ikoniknya iaitu SK-II Facial Treatment Essence menampilkan rekaan dramatik dengan tiga pegangan unik Change Destiny iaitu “Be the Person You DECIDE To Be”, “CHANGE is in All of Us” dan “DESTINY is a Matter of Choice” yang menghiasi setiap botol.

SK-II Facial Treatment Essence - Change Destiny Limited Edition
SK-II Facial Treatment Essence - Change Destiny Limited Edition

Selain itu, SK-II juga melancarkan sebuah filem pendek yang menghidupkan gaya #ChangeDestiny melalui kolaborasi bersama tiga gergasi budaya pop – komposer & penyanyi Cina, Dou Jing Tong; anggota kumpulan K-pop Girls’ Generation, Choi Sooyoung; dan pelakon terkenal Jepun, Haruka Ayase.

Bagi meraikan semangat kebebasan dan berdikari di kalangan wanita, SK-II menggalakkan wanita yang memilih produk ini agar mengekspresikan diri mereka bersama botol yang sesuai dengan personaliti mereka di media sosial melalui hashtag #YourStatementYourBottle.

Botol edisi terhad SK-II Facial Treatment Essence boleh didapati mulai sekarang sehingga hujung bulan ini pada harga seperti berikut:

SK-II Skin Revitalizing Set – RM 870

SK-II Facial Treatment Essence 230ml, SK-II Facial Treatment Clear Lotion 160ml, 1 piece of SK-II Facial Treatment Essence Mask, and SK-II R.N.A Power Cream 50gm
SK-II Facial Treatment Essence 230ml, SK-II Facial Treatment Clear Lotion 160ml, 1 piece of SK-II Facial Treatment Essence Mask, and SK-II R.N.A Power Cream 50gm

SK-II Radiant Aura Set – RM 1,212

SK-II Facial Treatment Essence 230ml, SK-II GenOptics Aura Essence 30ml, SK-II Cellumination Mask in Lotion 100ml, SK-II Cellumination Deep Surge Ex 15gm, and 1 piece of SK-II Whitening Source Derm-Revival Mask
SK-II Facial Treatment Essence 230ml, SK-II GenOptics Aura Essence 30ml, SK-II Cellumination Mask in Lotion 100ml, SK-II Cellumination Deep Surge Ex 15gm, and 1 piece of SK-II Whitening Source Derm-Revival Mask

SK-II Youthful Beauty Set – RM 1,252

SK-II Facial Treatment Essence 230ml, SK-II R.N.A. Power Essence 30gm, SK-II R.N.A Power Cream 80gm, and SK-II R.N.A. Eye Cream 15gm
SK-II Facial Treatment Essence 230ml, SK-II R.N.A. Power Essence 30gm, SK-II R.N.A Power Cream 80gm, and SK-II R.N.A. Eye Cream 15gm

Mengenai SK-II Facial Treatment Essence

Kekal sama seperti 35 tahun dahulu. SK-II Facial Treatment Essence mengandungi lebih 90 peratus PITERA™, iaitu bahan bio-semula jadi yang mengandungi vitamin, amino asid, dan mineral. Ianya merupakan produk SK-II yang ikonik dan terlaris.

Bahan utamanya iaitu PITERA™ terdiri daripada bahan bio-semula jadi yang mengandungi lebih daripada 50 nutrien mikro, membantu mengekalkan fungsi semula jadinya*, meningkatkan tahap hidrat dan menjadikan kulit licin, bersinar dan lembap.

*Fungsi kulit yang sihat dalam keadaan normal

Mengenai SK-II

Selama lebih daripada 35 tahun, SK-II telah membantu jutaan wanita seluruh dunia melalui kecantikan kulit umpama kristal, dan kehidupan dengan kempen #changedestiny. Kisah menarik SK-II bermula di kilang pembuatan sake di Jepun, di mana saintis mendapati tangan pekerja-pekerja tua di situ tampak lembut dan muda. Mereka juga mendapati bahawa ini disebabkan oleh tangan mereka yang sentiasa bersentuhan dengan proses penapaian sake. Saintis mengambil masa bertahun-tahun membuat penyelidikan tentang cara untuk mengasingkan ramuan terunggul SK-II, PITERA™ iaitu cecair yang terhasil daripada proses fermentasi yis.

Sejak itu, SK-II dengan PITERA™ menjadi rahsia istimewa yang dikongsi seluruh dunia oleh selebriti seperti Cate Blanchett, mengubah keadaan kulit seiring dengan lima dimensi tekstur, seri, keanjalan, kawalan bintik hitam dan ketahanan kedutan yang penting agar kulit kekal sehalus kristal. Sebagai jenama penjagaan kulit terkemuka di 13 pasaran, SK-II berterusan memberikan kekuatan transformasi kulit bak kristal dan kehidupan melalui produk kegemaran, termasuk Essence Treatment Facial, R.N.A.POWER dan GenOptics Aura Essence.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi http://www.sk-ii.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2017 @ 6:16 AM