PENGARAH Poh Kong, Christine Choon (dua dari kiri) bersama koleksi terbaru Poh Kong.
PENGARAH Poh Kong, Christine Choon (dua dari kiri) bersama koleksi terbaru Poh Kong.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Jenama barang kemas Poh Kong terus komited mencipta detik berharga antara orang tersayang dengan memperkenalkan pelbagai koleksi terbaru, istimewa sebagai tanda ingatan.

Koleksi indah dipamerkan barisan jenama Happy Love, Anggun, Tranz, Auspicious, Hemera serta terbaru D’First pastinya memukau, sekali gus menggamit perhatian mata yang memandang.

Malah, koleksi Happy Love diilhamkan daripada tradisi Confucian dan menawarkan pilihan barang kemas emas oriental elegan yang boleh diwariskan sebagai pusaka keluarga.

Ia dipenuhi sentuhan oriental mewakili budaya dan kekayaan tradisi. Sekilas pandang, koleksi ini juga turut menyelitkan ilham berunsurkan Barat, tetapi tetap boleh dipadankan dengan pakaian perkahwinan tradisional mahupun moden.

Koleksi Anggun pula menampilkan rekaan daripada motif bunga Asia. Motif bunga indah ini adalah simbol kesopanan dan kemurnian, benar-benar menterjemah keindahan budaya Asia.

Dalam siri Anggun terkini, Poh Kong mengadun elemen tradisional yang menterjemah seni keindahan kebudayaan, keharmonian dan alam semula jadi.

Bagi koleksi Tranz, ia direka bentuk untuk menyaingi tempo dan dinamik trend fesyen semasa. Menambah koleksi perhiasan sedia ada, reka bentuknya yang menyerlah dan menarik, memberi pemakai rupa yang diinginkan, setiap masa.

Koleksi Auspicious pula mempamerkan karya yang terkenal dengan elemen Fengshui. Koleksi ini menggunakan emas premium berkualiti dan jadeit gred A yang digabungkan dengan reka bentuk bermakna. Ia pasti menambah sentuhan simbolik kepada gaya individu yang memakai.

Bagi koleksi Hemera, Poh Kong cuba menampilkan rekaan berlian paling cemerlang di dunia dengan 101 segi, refleksi sebenar kesempurnaan yang menjadi buruan wanita.

Hemera bermaksud ‘dewi’ siang dalam bahasa Yunani. Sama seperti namanya, berlian Hemera yang indah bersedia mengangkat kesuraman dengan kesempurnaan dan keunikannya. Melengkapkan koleksi terbaru, Poh Kong melancarkan jenama D’first. Ia menampilkan barisan koleksi berlian yang amat unik, bukan saja mewah, tapi ditawarkan dengan harga berpatutan.

Kecantikan, kualiti dan kemewahan dalam koleksi ini disifatkan tiada tandingan. Ia digabung bersama untuk memberi anda berlian impian!

Direka dengan potongan tiga bahagian, corak lapan hati dan lapan anak panah menyempurnakan permata indah ini. Koleksi ini menawarkan anting-anting, pendant dan cincin yang menawan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2017 @ 12:37 PM