WAJAH baru F&N Seasons.
WAJAH baru F&N Seasons.
HM Digital

Jenama minuman F&N baru-baru ini melancarkan wajah baru rangkaian Seasons kegemaran ramai. Diilhamkan seiring kehendak dan keperluan peng­guna kini, F&N komited melakukan pembaharuan dalam menyokong gaya hidup lebih sihat.

Pertama kali diperkenalkan pada pertengahan 80-an, pelancaran semula logo dan bungkusan F&N Seasons itu menampilkan wajah baru menarik untuk sembilan minuman popular mereka iaitu teh lemon ais, teh pic ais, teh epal ais, teh hijau jasmin, krisantimum, cincau, teh kundur, seng­kuang cina dan susu soya.

Di sebalik wajah baru, semua variasi masih me­ngekalkan resipi turun-temurun, menggunakan bahan semula jadi untuk rasa Asia yang tersendiri. Minuman tidak berkarbonat, tanpa pengawet, diadun khas untuk kebaikan badan dan minda.

Ketua Pegawai Eksekutif Fraser & Neave Holdings Berhad Lim Yew Hoe berkata, penampilan baru itu menjadikan Seasons lebih relevan kepada pengguna, terutama mereka yang mementingkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan jangka panjang.

“Ketika F&N bakal mencecah usia 135 tahun, kami berbangga kerana masih dapat menghidang­kan pilihan minuman berkhasiat dan menyegarkan kepada pelanggan.

“Kami mahu menampilkan wajah baru, penuh kebaikan, demi kesejahteraan pengguna. Ini sesuai dengan gaya hidup serata dunia yang kian menitikberatkan soal kesihatan dan kesejahteraan. Malah, rakyat negara ini juga semakin sedar terhadap pentingnya untuk kekal sihat,” katanya.

Jelas Lim, beliau percaya kesegaran rasa dan kebaikan yang ada pada F&N Seasons pasti menambat hati pengguna baru dan lama, sekali gus membawa banyak perubahan untuk tahun mendatang.

“Setiap tegukan minuman ini memberi kebaikan kepada pengguna. Ia jelas khabar menarik untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2017 @ 1:34 AM