DARI kiri Sheikh Muszaphar, Abu Bakar dan Cheah pada majlis pelancaran Appeton’s Dream Big.
DARI kiri Sheikh Muszaphar, Abu Bakar dan Cheah pada majlis pelancaran Appeton’s Dream Big.
Hamizah Badiran


Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak bukan saja dalam aspek akademik, tetapi juga kesihatan.

Berikutan itu, antara yang perlu dititikberatkan mereka adalah memastikan anak mendapat sumber vitamin C mencukupi sejak di awal usia.

Sama ada vitamin C itu diambil menerusi pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar atau makanan tambahan dalam bentuk tablet, namun ia harus dijadikan amalan setiap hari.

Ini kerana, vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat antiviral.

Angkasawan Negara merangkap Duta Appeton A-Z Vitamin C Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha percaya tempoh enam tahun pertama adalah masa paling sesuai bagi kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai cabang ilmu.

Bagaimanapun, jika anak kerap tidak sihat, ia secara tidak langsung menyukarkan mereka mencapai tahap terbaik dalam kehidupan kerana semestinya si kecil mempunyai impian tersendiri.

“Mendorong anak hingga ke tahap maksimum dalam usaha memberi pelajaran dan didikan kepada mereka terutama dalam tempoh enam tahun pertama adalah perlu memandangkan minda manusia mampu berkembang sehingga 90 peratus pada ketika itu.

“Sebab itu, selain memberi makanan berkhasiat kepada anak, jangan abaikan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin C agar tubuh mereka lebih berdaya tahan dan mempunyai tahap imun yang tinggi.

“Saya berharap pembabitan saya dalam kempen Appeton’s Dream Big memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk memiliki impian besar di samping mengingatkan ibu bapa supaya memastikan si cilik sentiasa sihat dan dilindungi, agar dapat menggapai ‘bintang’,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Appeton’s Dream Big.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kotra Pharma (M) Sdn Bhd Cheah Min Loong berkata, Appeton A-Z Vitamin C diperkenalkan pada 2002 dan dirumus khas untuk kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun.

Menurutnya, setiap kanak-kanak mempunyai cita-cita mereka sendiri seperti mahu menjadi angkasawan, doktor dan peguam.

“Justeru, pengambilan Appeton A-Z Vitamin C membantu meningkatkan imun badan anak, melindungi mereka daripada demam selesema agar dapat kekal sihat untuk meneroka dunia dan belajar.

“Melalui penyelidikan, kami juga mendapati bahawa kebanyakan ibu bapa mahu anak mereka menjadi doktor atau peguam apabila dewasa kelak walaupun terdapat pelbagai pilihan kursus yang ditawarkan oleh institut pengajian tinggi tempatan mahupun antarabangsa.

“Pada pendapat mereka, dua kerjaya ini adalah kemuncak kebanggaan, profesionalisme dan sesuatu yang berprestij,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 11:46 AM