ANTARA menu bufet barbeku makanan laut.
ANTARA menu bufet barbeku makanan laut.
HM Digital

Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) memperkenalkan bufet barbeku makan malam pada harga istimewa. Bertempat di Restoran Royale Songket pelbagai jenis makanan ditawarkan termasuk hidangan ayam, kambing, lembu dan makanan laut segar dengan variasi memasak berbeza dan dihidangkan secara panas.

Bagi menu pembuka selera terdapat aneka salad berasaskan keju, nasi tomato dan salad. Untuk makanan laut pula terdapat kupang, kepiting, tiram, udang dan kerang hitam yang menjanjikan keenakan tersendiri. Bagi peminat sate ayam pula pastinya teruja merasai kelembutan daging bersama kuah kacang yang enak.

Selain makanan laut juga terdapat mini piza, jagung yang dihidangkan bersama lima jenis sos. Selepas itu layani tekak dengan pencuci mulut seperti puding kelapa, panna cotta coklat, nanas panggang dan tart karamel.

Dibuka pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga ditawarkan RM78+ untuk dewasa, RM55+ untuk warga emas dan RM39+ untuk kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 1:13 PM